Malaysia Dateline

Awan Perlis santuni pelbagai golongan asnaf hingga akhir Ramadan

Menyantuni pelbagai golongan masyarakat sudah menjadi rutin bagi AWAN Perlis sejak dahulu lagi. Namun begitu mulai awal ramadan sehinggalah menjelang lebaran usaha ini ditingkatkan bagi memastikan mereka yang memerlukan mendapat dokongan yang sewajarnya.

Menurut Ketuanya, Che Mazlina Che Yob seawal ramadan sehinggalah hari ini program yang dilaksanakan termasuklah ‘Free Iftar AWAN’ dengan membekalkan sebanyak 2000 pek bubur lambuk dan juadah Iftar percuma mulai awal ramadan sehingga ke malam 20 ramadan.

Ketua AWAN Perlis Che Mazlina Che Yob, menyampakan sumbangan bakul rahmah kepada golongan yang memerlukan.

“Selain itu turut disantuni ialah warga emas dan ibu tunggal dengan sumbangan ‘Bakul Rahmah Ramadan Kareem’ dimana barangan keperluan harian seperti beras, tepung dan lain-lain keperluan turut disumbangkan.

” Juga disantuni masyarakat setempat yang terdiri dari golongan asnaf serta juga majlis ilmu seperti tadarus, tadabbur dan tafsir Al Quran turut diadakan bagi memastikan selain dari sumbangan material, masyarakat juga diberi santapan rohani.

” Ternyata hasil sumbangan yang telah disalurkan oleh pelbagai golongan masyarakat termasuklah AWAN Nasional telah berjaya meringankan beban sesetengah famili yang sememangnya tidak berkemampuan dan mengharapkan dokongan dalam menempuh ujian yang getir apakala ditambah lagi dengan penularan pandemik wabak Covid-19 tatkala ini, ” ujar beliau.

Sejajar dengan itu katanya AWAN Perlis akan meneruskan agenda peduli rakyat tanpa mengambil kira perbezaan fahaman politik mana-mana golongan yang memerlukan.