Malaysia Dateline

AWAN tubuh 10 entiti baru bagi memantapkan gerak kerja parti

Jawatankuasa Kepimpinan Wanita (AWAN) Nasional hari ini mengumumkan senarai  penuh jawatankuasa pimpinan diperingkat negeri dan penubuhan 10 biro-biro baru yang diwujudkan bagi tujuan melancarkan gerak kerja AWAN bagi sesi 2019-2022.

Menerusi Mesyuarat kali ke-2 Jawatankuasa Pimpinan AWAN telah sebulat  suara menambah baik beberapa nama biro sedia ada dan menubuhkan biro baru yang dikenali sebagai Jawatankuasa Khas , Majlis dan Kelab

Antara biro yang ditambah baik adalah Biro Dakwah ditukar kepada Biro  Dakwah dan Pembangunan Rohani yang kini dipengerusikan oleh Norhayati  Bachok yang juga Timbalan Ketua Jawatankuasa Pimpinan Awan Nasional.

Biro Politik kini Biro Politik dan Strategi yang akan dipengerusikan oleh  Ketua AWAN Senator Aiman Athirah Al Jundi.

Biro Luar Bandar dahulu Biro Tani kini dipengerusi oleh Normah Yusuf dan Biro Pembangunan Ekonomi kini Biro Pembangunan Ekonomi dan Kewangan yang dpengerusikan oleh Rozita Abdul.

Manakala penubuhan 10 entiti baru seperti Jawatankusa Khas Pemerkasaan  Organisasi dan Kempen Keahlian yang akan dipengerusi oleh Norhayati Bidin  merangkap Naib Ketua AWAN Nasional.

Akademi Pendidikan Politik Wanita AMANAH dengan jawatan sebagai Pengarah  Siti Faridah Abdul Samad yang juga Naib Ketua AWAN 4.

Majlis Setiausaha Wanita AMANAH dipengerusikan oleh Mai Suharah Basaruddin;Biro Pembangunan Sumber Manusia dipengerusikan Halilah Hamidon; Biro Integriti dan Perhubungan Awam dipengerusi Putri Nurizatulshira Buang; Biro Kanun dipengerusikan Soraya Salim; Biro Kesenian ,Sukan dan Rekreasi dipengerusikan Rafiza Shahean Askolani; Biro Pemerdayaan Wanita dan Komuniti dipengerusikan Rawiyah Zakaria serta; Biro Kesihatan dipengerusikan Dr Hafidzah Mustakim.

Manakala entiti baru yang ditubuhkan Kelab Penyokong Awan Luar Negara yang mana jawatan pengerusi belum dilantik dalam mesyuarat yang diadakan hari ini.

Barisan kepimpinan Awan Nasional ketika mengadakan mesyuarat untuk menentukan kepimpinan biro-biro yang dtubuhkan bagi memantapkan gerak kerja AWAN.

 

Menurut Ketua Awam Nasional Aiman Athira Al Jundi semua biro-biro, kelab dan jawantakusa khas itu diletakkan dalam enam segmen utama dalam menysun semula organisai pengurusan AWAN Nasional

Ia terdiri daripada Bahagian Dasar Strategi dan Advokasi; Bahagian ESQ;  Bahagian Pembangunan dan Pemerkasaan Organisasi; Kerajaan dan Institusi  Awam;Bahagian Program dan Hubungan dengan Massa dan ;Bahagian Cakna Isu  Antarabangsa dan Luar Negara.

” Kita telah mencerakinkan enam segmen dan ada biro berperanan yang memperkasakan parti dari dalam, biro yang memperkasakan hubungan dengan kerajaan, rakyat dan pengundi di luar parti.

“Kita mahu berhubungan dengan rakyat dan daripada penyusunan ini kita alukan lebih ramai wanita dari luar untuk bersama dengan AWAN.

” Kita mahu memberikan mesej dikalangan wnaita dan aktivis untuk memacu bersama membina negara,” ujarnya dalam sidang media diadakan di Wisma AMANAH hari ini.

Menurut Athirah lagi AWAN akan mengadakan ‘team buildng’ sayap itu pada bulan Februari tahun hadapan untuk mewujudkan ‘team work’ antara kepimpina  di semua peringkat.

SENARAI KETUA WANITA NEGERI-NEGERI DAN WILAYAH PERSEKUTUAN (2019-2022)

1. Norhayati BaCHOK – Ketua Awan Johor
2. Aida Yusof -Ketua Awan Pulau Pinang
3. Norwani Ahmad – Ketua Awan Negeri Sembilan
4. Rawiyiah Zakaria – Ketua Awan Selangor
5. Azlinah Awang -Ketua Awan Sabah
6. Che Maznah Che Ayob – Ketua Awan Perlis
7. Dr Rohani Abdul Mutalib – Ketua Awan Kedah
8. Zuhairah Ghazali – Ketua Awan Perak
9. Dr Niekmah Abd Ghani -Ketua Awan Wilayah Persekutuan
10. Noraini Abd Ghani – Ketua Awan Pahang
11. Dr Hafizah Mustakim -Ketua Awan Kelantan
12. Badariah Abu Bakar – Ketua Awan Terengganu
13 Mahani Othman Basir – Ketua Awan Melaka