Malaysia Dateline

AWAN tubuh pasukan khas bantu 6 kelompok terjejas sepanjang tempoh ‘lockdown’

Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Nasional melaksanakan enam pakej inisiatif membantu kelompok terjejas sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh.

Setiausahanya, Soraya Salim berkata, susulan pengumuman ‘total lockdown’ berkuatkuasa 1 Jun lalu, AWAN telah mengaktifkan AWAN Special Task Force – Emergency & Disaster 2021 (ASTF – E&D) bagi membantu kelompok rakyat terjejas dan golongan memerlukan sepanjang tempoh itu.

Menurutnya, pasukan berkenaan telah mengenalpasti enam pakej inisiatif bantuan yang menyasarkan kepada enam kelompok antaranya Bantuan kepada Barisan Hadapan (BBH), Bantuan Susu Bayi, dan Bantuan Beras untuk Kehidupan.

Tiga lagi inisiatif bantuan meliputi Dana Perlindungan Pemandiri (AWAN Survivor Care Fund), Bantuan Tunai Kumpulan Terjejas (BTKT); dan Bantuan Aktivis (BTA).

“Bagi memastikan lebih ramai golongan rakyat terjejas dapat dibantu sepanjang tempoh ini, ASTF – E&D mensasarkan kutipan dana daripada sumbangan orang awam dan korporat yang ingin turut sama menyumbang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumbangan boleh dibuat di akaun Tabung AWAN Peduli Wanita Amanah Nasional

Maybank 5648 9212 4605

(Ref:)
BBH – Bantuan Barisan Hadapan
BSB – Bantuan Susu Bayi
R4L – Beras Untuk Kehidupan
Survivor – ASCF
BTKT – Bantuan Tunai Kumpulan Terjejas