Awan ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Pak Ngah

Awan ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Pak Ngah

Biro Kesenian dan Kebudayaan Wanita AMANAH Nasional (Awan) mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Suhaimi Mohd Zain, yang lebih dikenali sebagai Pak Ngahyang dilaporkan meninggal dunia di Batam, Indonesia pada pukul 3.02 petang semalam.

Pengerusinya Atriza Umar berkata, pemergian Allahyarham menemui penciptanya, satu kehilangan besar dalam industri muzik tanahair.

“Pemergian Pak Ngah satu kehilangan besar kepada industri muzik khususnya karya-karya irama etnik tradisional.

“Insya-Allah, karya beliau akan terus hidup meskipun setelah ketiadaannya.

“Moga beliau ditempat disebaik baik tempat yang dijanjikan Allah dan semoga keluarga yang ditinggalkan, tabah serta sabar menerima ujian Allah ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Semalam media melaporkan lomposer lagu irama Malaysia dan patriotik Jalur Gemilang, Datuk Suhaimi Mohd. Zain meninggal dunia di Batam, Indonesia kira-kira pukul 3 petang Selasa.

Komposer yang berusia 60 tahun itu dikatakan rebah secara tiba-tiba.

Dia bersama isterinya, Datin Sharifah Muhani dan seorang anak mereka pergi ke Batam atas urusan kerja.

COMMENTS

Wordpress (0)