Malaysia Dateline

Awas! Bantuan RM900 TnG eWallet palsu

Tular di media sosial mengenai bantuan yang akan disalurkan kepada warganegara Malaysia sebanyak RM900 melalui Touch ‘n Go eWallet.

Bagaimanapun, Pasukan Responsibility Pantas (PRP), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengesahkan bahawa maklumat tersebut adalah palsu.

Menerusi laman Facebook KKD, kenyataan tersebut menjelaskan modus operandi yang sama dalam mesej-mesej yang dikesan palsu sebelum ini.

“Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan melengkapkan butiran peribadi di pautan berkenaan.

“Orang ramai juga disaran agar tidak mudah terpedaya dan menyebarkan maklumat yang tidak pasti sebaliknya sentiasa merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini,” nasihat pihak KKD lagi.

Baca juga ‘Geng tebuk atap sebenarnya yang tidak bebas’ – Rafizi selar PN isu MoU gabungan Kerajaan Perpaduan