Bagi mereka yang memiliki geran tanah, tidak perlu laminate untuk memastikan dokumen sentiasa terjaga.
Biasalah kalau tinggal di tempat yang biasa banjir, mestilah nak dokumen ada ‘laminate’ agar kertas tak lunyai dek air.
Tapi sebenarnya perkara tersebut adalah salah dan geran itu boleh dikategori sebagai rosak dan pemilik tanah perlu mendapatkan geran baru.
Info ini dikongsikan seorang peguam menerusi TikTok @khalilmdrofiee.
“Jangan sesekali laminate geran tanah walaupun usia baru sehari, tetap akan dianggap rosak sekiranya anda memilih untuk laminate.
“Apatah lagi jika geran tanah koyak, basah, diamak anai-anai dan diconteng. Perkara ini akan menyebabkan ia dianggap rosak atau ‘total loss’,” ujarnya di TikTok.
Ambil masa sebulan untuk geran baru
Bukan hanya itu, apabila geran tanah sudah dikategorikan sebagai rosak maka pemilik perlu membuat permohonan baru.
“Sekiranya rosak, perlu buat permohonan geran tanah baru yang mengambil masa sebulan untuk siap,” tambahnya.
Ramai yang menganggap geran tanah sebagai perkara tidak penting sedang ia diperlukan untuk proses untuk jual beli.
“Geran tanah sangat berguna untuk tujuan jual beli dan urusan pusaka selepas kematian pemilik kelak.
“Ada kes pusaka yang patut boleh diselesaikan dalam tempoh dua bulan tapi disebabkan isu geran rosak, ia terpaksa ditangguh sehingga hampir setahun.
“Nak mudahkan waris untuk urusan pusaka, sila simpan geran tanah sebaiknya,” ujarnya.
Baca juga: Baru 2 bulan jalani pemindahan, pesakit pertama terima buah pinggang babi meninggal dunia