Pempengaruh Aya Amiruddin yang berkacukan Melayu-Afrika mendedahkan ikatan pertunangan dengan kekasih bernama Eronmose Sleem sudah terlerai sejak sebulan yang lalu.
Aya yang juga seorang pelakon berkata, keputusan mengakhiri hubungan itu bukan berpunca dari orang ketiga.
Dia juga menganggap mereka tiada jodoh walaupun sudah merancang untuk berkahwin hujung tahun ini.
“Saya sudah kembali ‘single’ (solo) sekarang. Kami berpisah secara baik, tiada gaduh-gaduh dan sebagainya. Ia juga bukan berpunca daripada orang ketiga.
“Kami sudah berkawan selama empat tahun dan bertunang pun lebih kurang dua tahun.
“Kalau ikut perancangan hujung tahun ini atau awal tahun depan sepatutnya kami mahu berkahwin. Tapi nampaknya tiada rezeki,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Mengenai hubungan dengan bekas tunang pula, kata Aya, mereka masih mengekalkan hubungan baik sampai sekarang.
“Kami berpisah kerana tiada persefahaman dan bukan disebabkan orang ketiga. Mungkin saya banyak kekurangan dalam hubungan kami. Namun, kami masih berkawan baik dan boleh bekerjasama lagi.
” Malah, bekas tunang juga selalu membantu saya untuk buat ‘content’ di media sosial,” katanya.
Baca juga: Tak sangka keluarga lipas terus keluar, pemilik kereta wajib cuba cara halau serangga ini!