Hari Raya semua anak balik ke kampung sehingga penuh parking ada yang parking bawah pokok malah yang bernasib baik dapat pula bawah garaj.
Malah jika salah seorang anak yang balik awal dapatlah parking bawah garaj, anak yang lain pula kena redha paking bawah cahaya matahari terik.
Berlainan pula dengan sikap seorang ayah ini siap ‘sound’ anaknya yang memakir kereta bawah garaj supaya alihkan kerana anak seorang lagi hendak parking.
Apatah lagi keretanya pula kereta saga dan perlu dialihkan ke bawah pokok rambutan, menantunya pula merupakan orang Kuala Lumpur naik kereta Vellfire.
“Tok tua mari oyak, suruh alih kete saga ambe duk bawah garaj, g parking bawah pokok moktan, natu dia hok K.L kete Velfire nok kelik parking bawoh garaj,” kongsi Viral Media Terengganu.
Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang respons orang ramai ada yang bersetuju dan tidak lupa juga yang tidak bersetuju dengan sikap ayahnya pilih kasih.
“Crita ini ada kisah benarnya..sama kejadian dgn kisah kawan..
“Anak kesayangan dia nak balik rumah, kereta menantu disuruhnya parking di luar rumah..Memang kisah benar berlaku pada kawan..”komen Fie Zue.
“Memang ada tok tua mcm ni..ank hok duk kl parking bawah garaj…ank hok sesok (miskin) parking la bwah pokok moktan,”komen Seniwati Cik koh
“Adusss…menusuk kalbu yang terpaling dalam.
“Takpo g la alih mugo dio suruh gak. Pahtu beringat sokmo la keto saga tempat dio bawoh pokok moktea,” kata Phea Ong Hise.
Baca juga: Ada yang kata haram ambil upah tukar duit raya, dah macam riba, betul ke?