Ayah tatang tahaluf  lebih dari anak

Ayah tatang tahaluf lebih dari anak

Atas semangat dakwah, kesungguhan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjaga Pakatan Rakyat antara Pas, PKR dan DAP dahulu sehingga semasa hidup, Ustaz Nik Umar bercerita bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa beliau jaga Tahaluf (Pakatan Rakyat) itu lebih dari jaga anak beliau sendiri.

“Masa Ayah kata tu, ayah tenung muka Ana (saya). Ana faham, ayah macam memberi isyarat, jadi Ana angguk tanda setuju”, cerita Ustaz Nik Umar di rumah beliau di Pulau Melaka.

Ustaz Nik umar yang merupakan orang yang menjaga amanah dari Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz ajar jaga Maa’had Darul Anwar menyatakan juga bahawa beliau nampak sikap dakwah pada Tuan Guru terhadap DAP amat tinggi, sehingga semasa berjumpa Karpal Singh di Pulau Pinang, dalam keadaan tidak sihat pun, Tuan Guru pergi berjumpa dengan Karpal.

“Masa tu, dia tanya Ana. Ana tak tahu nak bagi jawapan masa tu. Kalau kata pergi, kita fikir dia tak sihat. Kalau kata tidak pergi, kita fikir semangat dakwah dia. Tahu-tahu dah sampai Penang dah”, Cerita Ustaz Nik Umar lagi.

Sebelum itu, delegasi Jemaah Masjid Taman Sembilang berbual dengan Ustaz Nik Abduh, yang kemudiannya bertemu dengan Ustaz Nik Umar bertempat di rumah beliau di Pulau Melaka yang kemudian ziarah kubur Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

*Petikan di dalam blog beliau.

CATEGORIES
TAGS