Ayah timbalan presiden Pas meninggal dunia

Ayah timbalan presiden Pas meninggal dunia

Ayah Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Ayah Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari tadi.Tuan Man Tuan Mat meninggal pada usia 83 tahun.

Perkara itu dimaklumkan oleh Tuan Ibrahim menerusi laman facebook beliau.

“Assalamualaikum. Dukacita dimaklumkan bahawa ayahnya saya Hj Tuan Man bin Tuan Mat telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 sebentar tadi.

“Jenazah akan disolat jam 5 pm di Masjid BT Balai. Jerantut.

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat,” tulisnya.

 

TAGS