Malaysia Dateline

Ayob Khan dilantik Ketua Polis Johor

Berkuatkuasa 6 Mac depan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, bakal dilantik sebagai Ketua Polis Johor.

Sehubungan itu, beliau yang kini berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) akan dinaikkan pangkat pemangku Komisioner Polis (CP).

Pelantikan itu dibuat selepas Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din, ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Arahan pertukaran itu dimaklumkan malam ini oleh Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad.