Malaysia Dateline

Ayob Khan dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman

Ketua Polis Johor Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berkuat kuasa 25 Jan depan, lapor Berrnama.

Setiausaha PDRM DCP Ruslan Khalid berkata Ayob Khan antara tiga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa tarikh sama.

“Jawatan Ayob Khan akan diambil alih Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ruslan berkata Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman DCP Wan Hassan Wan Ahmad pula akan mengisi kekosongan ditinggalkan Kamarul Zaman dengan memangku pangkat Komisioner.