Ayuh bersama Amanah  jika mahu tumbangkan UMNO-BN

Ayuh bersama Amanah jika mahu tumbangkan UMNO-BN

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub menegaskan parti itu tidak bersendirian dalam perjuangan menumbangkan Umno-BN walaupun Amanah parti yang baharu ditubuhkan tetapi ia mampu menjadi kuat apabila berada dalam Pakatan Harapan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub menegaskan parti itu tidak bersendirian dalam perjuangan menumbangkan Umno-BN walaupun Amanah parti yang baharu ditubuhkan tetapi ia mampu menjadi kuat apabila berada dalam Pakatan Harapan.

“Amanah telah buktikan gelanggang kita free for all. Parti ini inklusif, progresif, sesiapa yang mahu berdepan dengan Umno-BN ayuh mari kita bersilat bertarung di gelanggang ini.

“Orang kata kita (Amanah) tak ada tokoh besar macam Anwar Ibrahim, Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh  orang perkecilkan kita, kita terima. Tetapi kita ada pasukan terbaik dalam Pakatan Harapan untuk menumbangkan Umno BN,” ujarnya ketika berucap dalam majlis makan malam anjuran Amanah Kelantan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

Bekas naib presiden PAS itu juga sempat memperli ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar yang digelar “harum manis” iaitu masih berada dalam PAS tetapi seolah-olah menyokong Amanah.

“Seorang lagi rakan kita Datuk Mahfuz Omar. Sampai bila mahu jadi harum manis,” katanya.

Salahuddin turut mengenang kembali pesanan bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa bagi menumbangkan Umno, dua tongkat mereka perlu dipatahkan iaitu MCA dan MIC.

Beliau berkata, tongkat itu berjaya dipatahkan oleh DAP sewaktu dalam Pakatan Rakyat

“Hari ini sejujurnya kita sebagai orang perjuangan mesti mengakui DAP telah berjaya mematahkan tongkat MCA dan MIC.

“DAP tidak mampu melakukannya seorang diri tetapi berjaya apabila bertahaluf siayasi dalam Pakatan Rakyat.

“Tetapi bila Umno dalam kritikal ada pula orang datang bawa tangki oksigen,” katanya merujuk kepada PAS yang ingin mengadakan kerjasama dengan Umno.

Penasihat DAP Lim Kit Siang Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam ucapannya di majlis sama berkata, DAP akan menyaman seorang ahli politik yang mendakwa parti itu ditawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan sebuah pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson.

Beliau tidak menamakan “pemimpin politik kanan” berkenaan tetapi berkata individu itu akan disaman kerana memfitnah.

“Menurut al-Quran, memfitnah adalah satu jenayah yang lebih buruk daripada membunuh. Saya menjangkakan peguam DAP akan memulakan prosiding undang-undang dalam satu atau dua hari lagi,” katanya yang juga Ketua Parlimen DAP.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu juga berkata, pembohongan tersebut menunjukkan “budaya terdesak politik di negara ini”.

Beberapa hari lalu, Pengarah Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa DAP ditawarkan wang sebagai pertukaran dengan pangkalan tentera laut Israel.

Dakwaan itu timbul apabila Ketua Biro Ekonomi Perak DAP Chong Zhemin mengecam Kementerian Belia dan Sukan dalam kes atlet Israel yang dinafikan visa dan akhirnya tidak mengambil bahagian dalam acara sukan luncur antarabangsa di Langkawi.

Chong bagaimanapun kemudiannya menarik balik kenyataannya dan DAP mengatakan ia pandangan peribadi beliau sementara parti itu tetap dengan pendiriannya tidak menyokong Israel.

 

TAGS