Azalina akan bertemu MP pembangkang bincang undang-undang kekang berita palsu

Azalina akan bertemu MP pembangkang bincang undang-undang kekang berita palsu

Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dijangka akan mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen pembangkang pada Selasa depan selepas pertemuan diadakan dengan ahli-ahli Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) pada Isnin.

Draf undang-undang yang dicadangkan itu akan diserahkan kepada Kabinet untuk mendapatkan pandangan sebelum dibentangkan di Parlimen.

“Rang undang-undang mengekang Berita Palsu adalah untuk semua orang dan tidak disasarkan kepada pihak-pihak tertentu,” kata Azalina, yang merupakan menteri undang-undang.

Azalina, yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Johor, berkata, bacaan pertama Rang Undang-undang itu akan diadakan pada hari Isnin depan.

“Ahli Parlimen kami, termasuk mereka dari Pembangkang, perlu mengambil kesempatan untuk membahaskan Rang Undang-undang,” katanya kepada media selepas menyampaikan peralatan kepada 65 nelayan dari Kampung Pengerang dan Kampung Sungai Musuh hari ini.

Beliau juga menggesa Pembangkang untuk “lebih matang” dan tidak merasa takut dengan undang-undang yang akan kerajaan BN cadangkan itu.

“Kenapa anda perlu berasa takut jika anda tidak bersalah dan anda tidak terlibat dalam menyebarkan berita palsu?” soalnya sambil menambah bahawa undang-undang yang dicadangkan itu bertujuan untuk menjadikan langkah pencegahan terhadap penyebaran berita yang tidak disahkan atau palsu.

Kerajaan mempertahankan keperluan undang-undang baharu itu kerana masyarakat akan lebih bertanggungjawab apabila mengeluarkan, menyebarkan atau berkongsi berita yang tidak sahih.

Bagi pakatan pembangkang cadangan undang-undang untuk mengekang berita palsu, adalah undang-undang yang “baik” tetapi tidak boleh digunakan untuk menutup sesuatu.

Perdana Menteri Datuk Seri MOhd Najib Razak pada 28 Januari lalu, berkata Putrajaya sedang mengkaji untuk memperkenalkan undang-undang mengekang berita palsu yang mengancam kestabilan politik.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote
CATEGORIES