Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Azam baharu Petronas Yamaha SRT pada musim 2020

Azam baharu Petronas Yamaha SRT pada musim 2020

BernamaFebruary 7, 2020 12:17 pm




 Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) berazam untuk melakarkan pencapaian gemilang seperti musim lalu pada kempen MotoGP 2020 yang bermula pada Grand Prix Qatar di Litar Antarabangsa Losail pada 8 Mac ini.

Pasukan tersebut  mencapai prestasi luar biasa dalam penampilan sulung kelas perdana musim lalu dengan menduduki tempat keempat dalam kedudukan pasukan manakala penunggangnya, Fabio Quartararo menduduki tempat kelima keseluruhan serta muncul sebagai Penunggang Muda Terbaik MotoGP 2019.

Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali, berkata pasukannya berhasrat memperbaiki dalam semua aspek walaupun berdepan dengan harapan dan tekanan yang tinggi.

“Memang tahun ini jangkaan dan tekanan lebih tinggi kalau dibandingkan dengan 2019 dan setakat ini kita tidak mahu buat sebarang ramalan sehingga kita menguji jentera baharu bermula esok.

“Dari segi keseluruhan kita nak lebih baik di segenap aspek dan memperbaiki kedudukan pasukan pada musim ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pasukan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, hari ini.

Mengenai motivasi penunggang pasukan, Razlan percaya Quartararo dan rakan sepasukan, Franco Morbidelli bersedia menyahut cabaran musim baharu.

Apatah lagi, Quartararo sudah menandatangi kontrak bersama Yamaha sehingga 2022, Razlan berkata ia akan menjadi rangsangan untuk Morbidelli meningkatkan prestasi sepanjang musim ini.

“Saya percaya dengan kariernya sudah terjamin sehingga 2022, beliau (Quartararo) boleh fokus kepada musim 2020 dan cuba menamatkan perlumbaan di podium sebanyak mungkin.

“Kita akan nilai Franky (Morbidelli) dalam lima atau enam perlumbaan pertama untuk tentukan sama ada kita nak menyambung kontraknya atau tidak tetapi sebagai pelumba berpotensi saya yakin dia akan gunakan situasi ini sebagai motivasi untuk buat yang terbaik,” katanya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Darurat demi kedudukan Muhyiddin tapi rakyat tambah derita

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Bodek Menteri Pertanian ucap hari jadi, penjawat awam dianggap tiada kerja musim Covid-19

Terkini

Siapa taja serangan terhadap Zahid dalam Umno?

14 meninggal dan 3,631 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

Bagaimana dunia Islam hadapi Covid-19

PKP seluruh negara, kecuali Sarawak, mulai 22 Januari

Lagi Menteri disahkan positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production