Malaysia Dateline

Mohd Azam Baki

Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuatkuasa mulai hari ini.

Beliau dilantik bagi menggantikan Latheefa Koya yang meletakkan jawatan pada 2 Mac lalu.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, pelantikan itu dilakukan selaras dengan subseksyen 5(1) Akta 694, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan melantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuatkuasa 9 Mac 2020.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih atas perkhidmatan beliau kepada nega selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” kata kenyataan itu.

Azam Baki, 57, antara yang memainkan peranan utama dalam siasatan SPRM berkaitan 1MDB dan mengetuai siasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).