Malaysia Dateline

Mohd Azam Baki

Azam Baki perlu letak jawatan jika tidak bersedia beri keterangan

Azam Baki perlu meletakkan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sekiranya beliau tidak bersedia untuk memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menjelaskan pertuduhan berat terhadapnya yang telah menjejaskan usaha anti rasuah kebangsaan, demikian menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang.

Beliau berkata Azam sepatutnya menawarkan diri untuk hadir di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas ini untuk menunjukkan tauladan yang baik kepada semua penjawat awam.

“Kesunyian daripada Perdana Menteri, Ismail Sabri, mengenai perkara ini amatlah membimbangkan.

“Adakah Perdana Menteri akan membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Kabinet yang akan datang?

“Adakah akan ada mesyuarat Kabinet hari Rabu ini? Jika tidak, mengapa tidak ada mesyuarat Kabinet dijadualkan pada 5 Januari memandangkan Perdana Menteri telah pun memanggil semula semua Menteri-menteri yang sedang bercuti di luar negara untuk pulang kerana bencana banjir yang sedang melanda seluruh negara?

Memandangkan kita sedang bercakap mengenai perkara ini, adakah mana-mana Menteri yang tidak pulang dari luar negara dan sebaliknya meneruskan mereka walaupun selepas arahan Perdana Menteri dikeluarkan dan siapakah mereka?”soal beliau.

Katanya, selepas membawa malu dua kali kepada negara dengan mengubah Malaysia menjadi sebuah kleptokrasi dan kemudiannya merasmikan persidangan antarabangsa selepas disabitkan bersalah atas kesalahan rasuah, terdapat pula cubaan oleh beliau untuk memalukan negara dengan datang sebagai hero anti-rasuah di Malaysia.

“Usaha untuk memastikan Malaysia menjadi sebuah negara yang jujur dan bebas rasuah dan diiktiraf sebagai salah satu daripada 30 negara yang paling tidak korup adalah perkara yang serius, dan saya tidak akan terpalit dengan usaha seseorang untuk membawa malu akibat isu rasuah buat kali ketiga untuk Malaysia.

“Kita sedang berada dalam tahun baharu 2022 tetapi rakyat Malaysia masih bergelut dengan masalah rasuah dari tahun lepas,” katanya