Azan di Hagia Sophia satu kejayaan untuk Erdogan

Azan di Hagia Sophia satu kejayaan untuk Erdogan

Subuh, 27 Ramadhan lalu tercipta sebuah sejarah di Turki, bahkan di dunia Islam, apabila Muzium Hagia Sophia, yang terletak di tengah Istanbul mengumandangkan azan Subuh.

Azan ini pertama kali dilaungkan oleh seorang muazin sejak 81 tahun di muzium paling ikonik dan bersejarah di dunia yang dianggarkan berumur 1,000 tahun.

Muazin itu, melaungkan azan dengan sedu sedan dan linangan air mata.

Sejak empat tahun lalu, azan berkumandang dari menara-menara muzium itu, namun muezzin hanya melaungkannya dari sebuah bilik solat, bukan dari Hagha Sophia sendiri.

Mei lalu, kerajaan AK Turki, pimpinan Recep Toyeb Erdogan membenarkan Al Quran dikumandangkan sepanjang Ramadzan tahun ini.

Menurut laporan agensi, Saluran TV Turki , Diyanet TV akan menyiarkan bacaan Al-Quraan oleh para ulama Turki di muziun tersebut di waktu sahur.

Muzium Hagia Sophia bermaksud ‘Hikmah Suci’ dibina sebagai sebuah gereja oleh empire Byzantine pada abad ke-6. Tetapi di zaman Kerajaan Uthmaniyah memerintah, ia bertukar menjadi masjid pada 1453 apabila tentera Uthmaniyah menaluki Instanbul yang kertika itu dikenali sebagai Constantinople.

Tetapi selepas kejatuhan Uthmaniyah oleh Kemal Attaturk ia menjadi sebuah muzium pada 1935.

Pada Mei lalu, ribuan jamaah berhimpun di muzium Hagia Sophia itu untuk menuntut hak bersolat di situ.

Di dalam museum itu (sperti gambra di bawah) ada tulisan ayat Al-Quran dan terukir indah nama Khulafa-ur- Rashidin – Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

Menurur catatan, semasa pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah, hubungan antara pemimpin Kristian dan Islam berjalan begitu harmunis sekali, melainkan apabila terjadi rampasan kuasa Kemal Attaturk yang secular itu. Kini hubungan Erdogan dan pemimpin Kristian berjalam harmonis.

Kini Erdogan bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kegemilangan Islam di Turki, bukan secara paksaan dan kekerasan tetapi secara politik deplomasi dan nampaknya menampakkan kejayaan.

Azan berkumandang di mana-manaa di Turki, Madrasah Imam Khatib, tempat pelajar menghafal Al-Quran dan belajar ilmu agama Islam sedang berkembang pesat. Universiti dan pejabat kerajaan membenarkan pelajar dan kakitangan muslimat memakai pakaian menutup aurat.

Ketika dunia Arab terbelenggu dengan pelbagai krisis, Turki dilihat berpotensi memimpin kembali negara Islam.

COMMENTS

Wordpress (0)