Azeez dan abang ditahan reman empat hari

Azeez dan abang ditahan reman empat hari

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim direman empat hari bagi bantu siasatan kes rasuah.

Abdul Latif, abang kepada ahli parlimen Baling, juga direman untuk tempoh sama, lapor Bernama

Hari ini Abdul Azeez dan Abdul Latip hadir ke mahkamah diiringi beberapa pegawai, tiba dengan baju lokap berwarna oren Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tangan bergari pada jam 10.35 pagi dengan menaiki kenderaan Toyota Fortuner hitam untuk sebutan kes.

Abdul Azeez, 52, ditahan jam 11.15 pagi semalam di ibu pejabat SPRM di sini ketika memberi memberi keterangan kes.Abang beliau pula ditahan 15 minit kemudian.

COMMENTS

Wordpress (0)