Azeez sahkan SPRM serbu rumah, pejabatnya

Abdul Azeez Rahim

Azeez letak jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji rumah diserbu SPRM.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim mengesahkan rumah dan pejabat beliau diserbu oleh SPRM dan beberapa dokumen dan fail telah dirampas.

“Mereka datang ambil fail dan sedikit dokumen,” kata Azeez kepada laman aplikasi berita, Malaysia Decides.

Bagaimanapun, kata Azeez, SPRM tidak menyerbu pejabat beliau di Tabung Haji.

Azeez juga mengesahkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tavbung Haji dan surat mengenainya telah diserahkan kepada pihak pengurusan Tabung Haji.

Sementara itu, Malaysiakini pula melaporkan, Abdul Azeez berkata dia perlu menyemak semula jumlah wang tunai dan barangan kemas yang dilaporkan dirampas kerana dia tidak berada di rumah ketika kejadian.

“Mungkin ada wang tunai (yang dirampas). Saya perlu semak semula kerana saya tak ada di rumah di Baling.

“Saya akan semak dan maklumkan semula,” kata pengerusi Lembaga Tabung Haji itu kepada Malaysiakini.

Abdul Azeez berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan Malay Mail yang memetik sumber SPRM sebagai berkata bahawa pegawai siasatan merampas lebih setengah juta wang tunai, beberapa dokumen dan barang kemas ketika serbuan berkenaan.

Diminta mengulas lanjut, Azeez hanya berkata “saya tidak tahu.”

 

COMMENTS

Wordpress (0)