Malaysia Dateline

Azhar dibebas dengan jaminan RM5,000

Mahkamah Putrajaya membebaskan Azhar Mat Dali, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan dengan jaminan RM5,000.

Pembebasan itu dibuat selepas lima hari ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabatnya di Putrajaya.

Hakim menetapkan jumlah jaminan itu setelah menolak permintaan dari timbalan pendakwaraya dari SPRM agar beliau dikenakan jaminan sebanyak RM50,000.

Turut dibebaskan dengan jaminan adalah seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).