Malaysia Dateline

Azhar nafi keluar surat maklum PM hilang majoriti

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan mengeluarkan surat pemakluman kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yasin mengenai kehilangan majoriti sokongan Ahli-Ahli Parlimen kepada Perdana Menteri.

Adik kandung kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun itu berkata, artikel yang disiarkan sebuah portal berita, ‘Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen’ adalah palsu.

“Saya menafikan laporan berita berkenaan dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada Perdana Menteri seperti yang dilaporkan.

“Berita berkenaan adalah berita palsu,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

LANJUT MENYUSUL