Azlan Komeng dan Nilam buat laporan polis, diugut bunuh lepas ‘backup’ Ira Kazar?

Oleh WAN SITI AMINAH

Isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz kembali menyita perhatian ramai setelah membuat pendedahan yang mengejutkan baru-baru ini.

Nur Nilam menerusi satu hantaran di laman TikTok mendedahkan bahawa dirinya telah menerima ancaman bunuh daripada beberapa individu yang tidak dikenali.

Diugut bunuh dengan cara dilanggar lori dan disimbah asid, ugutan tersebut diterima wanita itu menerusi pesanan secara terus (direct message) di media sosial miliknya.

Ancaman tersebut difahamkan mula diterima wanita berkenaan setelah tampil dalam satu siaran langsung bersama isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Tidak hanya berdiam diri, Azlan Komeng segera hadir ke balai untuk membuat laporan polis kerana khuatir dengan keselamatan isterinya di masa akan datang.

Dalam pada itu, Nilam turut menyangkal dakwaan orang ramai yang menuduh dirinya menyokong tindakan Ira ‘menyondol’ bekas suami pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Nilam mengakui dirinya sangat membenci perbuatan Ira berikutan suaminya, Azlan juga pernah diganggu oleh wanita lain yang cuba menyondol rumah tangganya.

Bagaimanapun, Nilam tidak boleh menghalang kedatangan pemilik nama Faghirah Fatini Kazaruddin itu ke rumahnya sebaliknya harus menyantuninya sebagai tetamu.

“Saya menerima beberapa DM (direct message) ugutan bunuh, ugutan langgar lori, ugutan simbah asid. Abang Lan risau dengan keselamatan saya dan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

“Saya sebagai tuan rumah menyantuni dia sebagai tetamu. Ada pengikut yang mahu ucapkan ‘Hi’ dan meminta Ira masuk dalam siaran langsung saya. Bila Ira masuk, ramai serang dia. Saya sendiri pun terkejut.

“Semua orang dalam siaran langsung itu tahu saya tak ‘back up’ Ira. Saya hentam dia depan-depan. Saya cakap ‘inilah kifarah kau dik’. Ini bukan kali pertama saya hentam Ira dan dia tahu saya tak suka perbuatannya,” katanya.

Nilam juga sempat menyelar tindakan sesetengah pihak yang menyunting siaran langsung itu untuk memfitnah dirinya menyokong perbuatan Ira merampas suami orang.

@puan_nurnilamortiz_

Sebab aku yakin, everything happen for a reason, and I believe in God is always Good #nurnilamORTIZ #nilambebel #AkN💞 #AMK💞 #NN💞 #irakazar

♬ original sound – Puan Nilam – Puan Nilam

Tidak menyebelahi sesiapa, Nilam bertegas bahawa Ira yang juga adik angkat Azlan Komeng itu hadir ke rumahnya hanya untuk belajar memasak hidangan Thailand.

“Ira adik angkat suami. Abang Lan dengan keluarga dia baik sebelum kenal dengan saya lagi. Takkan kita ramai-ramai nak bunuh dia? Dia dah kahwin pun. Kita doa baik-baik sahajalah.

“Saya juga perempuan, jadi saya tahu bagaimana sakitnya Puteri Sarah. Saya bercakap jujur yang saya tak berminat nak tahu fasal hidup orang. Jangan ‘spin’ cerita. 

“Boleh tanya saya sebab saya selalu buat siaran langsung memasak. Kedatangan Ira ke rumah hanya untuk datang belajar masak, tak lebih daripada itu.” Ulas Nilam.

Terdahulu, kelibat Ira Kazar di dalam siaran langsung bersama Nilam di laman Tiktok telah mengundang kecaman hebat daripada pengguna media sosial tempatan.

Baca juga: Hasrat nikmati kaki ayam terbantut, peniaga tetak jari sampai kudung!