Malaysia Dateline

Azli dilantik Ketua Penerangan PH Selangor

Pakatan Harapan (PH) Negeri Selangor yang mengadakan mesyuarat pada petang semalam telah melantik Ketua AMANAH Shah Alam Azli Yusof sebagai Ketua Penerangan PH Negeri Selangor yang baharu.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PH Negeri Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.

Azli Yusof

Semua AJK PH Negeri sedia ada yang lain masih kekal iaitu tiga orang Timbalan Pengerusi termasuk Ir Izham Hashim (AMANAH), Hee Loy Sian (Keadilan) dan Gobind Singh Deo (DAP).

Borhan Aman Shah (Keadilan) selaku Setiausaha, Penolong Setiausaha Ar. Kamarul Hisham Yeop Hashim (AMANAH), Bendahari Ng Sze Han (DAP) dan Pengarah Pilihanraya Yahya Saari (Keadilan).

Mesyuarat tersebut turut dihadiri wakil-wakil dari komponen Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Selangor.

Selain itu, mesyuarat berkenaan telah membuat beberapa ketetapan antaranya, PH Negeri Selangor akan terus diperkukuhkan dan dimantapkan di semua peringkat di Parlimen, kawasan dan Cabang merangkumi ketiga-tiga komponen parti bagi memastikan mandat rakyat yang memilih Pakatan Harapan dalam PRU14 terus dijulang dan dilaksanakan.

PH Negeri Selangor juga akan memperkemaskan jentera pilihan raya di semua peringkat dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.