Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline

Azmin Ali usah khianat mandat rakyat

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONFebruary 24, 2020 10:04 am




Tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang mengumpulkan sokongan ahli pembangkang di Hotel Sheraton, Petaling Jaya semalam dikritik sebagai melakukan pengkhianatan jelas terhadap mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir Ithnin, berkata, Azmin secara terang-terangan mensabotaj PH apabila melakukan pertemuan tersebut bagi meraih sokongan membentuk kerajaan pintu belakang.

Sedangkan, katanya, Majlis Presiden PH pada 21 Februari lalu mengadakan mesyuarat dan mencapai kesepakatan menyerahkan keputusan peralihan kuasa kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Namun, hari ini beliau dengan penuh tidak bertanggungjawab telah menyusun untuk bekerjasama dengan Umno dan Pas.

“Azmin perlu menghormati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14). Perlu diketahui, rakyat memberi mandat kepada PH untuk membentuk kerajaan dan membawa Malaysia yang lebih baik.

“Justeru, sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, beliau seharusnya sedar bahawa tanggungjawab yang digalas itu penting demi pembaikan negara,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, kerajaan pintu belakang yang cuba dibentuk oleh Azmin dan komponen dari parti pembangkang juga disifatkan gagal memandangkan Pas ditolak masyarakat Sabah dan Sarawak.

“Tanpa Warisan dan GPS (Gabungan Parti Sarawak), perancangan kerajaan pintu belakang ini telah menemui jalan buntu.

“Lantas kami, Pemuda AMANAH akan berpegang teguh dan setia mempertahankan mandat rakyat ini,” katanya.

Semalam, suhu politik Malaysia meningkat panas apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan tertutup dengan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Dalam masa sama, sekumpulan pemimpin dari kem Azmin juga mengadakan mesyuarat di Hotel Sheraton yang terletak tidak jauh dari ibu pejabat Bersatu.

Mesyuarat tersebut melibatkan MAzmin dan Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin dan beberapa pimpinan lain bermula kira-kira jam 8 pagi yang dikatakan sebagai mesyuarat ‘kawan-kawan’ oleh Ketua Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah.

Bagaimanapun, media yang menunggu tidak diberikan maklumat terperinci mengenai mesyuarat tertutup berkenaan.

Pemimpin parti politik pembangkang yang turut kelihatan hadir ialah Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut berada di hotel sama ialah beberapa Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) serta GPS.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Dr Noor Hisham lebih layak jadi Menteri Kesihatan ganti Adham

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Terkini

Cabaran dunia pasca Donald Trump

Biden dan Dasar Pivot Asia 2.0?

Kes baru dan kes sembuh COVID-19 catat rekod baharu

Lulus lawatan ke pejabat DAP, pensyarah UiTM dipaksa letak jawatan?

Enigma Mahathir

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production