Azmin bawa Haniza, Tian Chua naik beca

Azmin bawa Haniza, Tian Chua naik beca

Ketibaan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke dalam dewan di Pusat Perdagangan Antarabangsa, Melaka (MITC) kira-kira jam 8.45 malam sebentar tadi, disambut penuh meriah.

Azmin dilihat menunggang beca yang dihiasi bendera PKR sambil membawa Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi dilihat menunggang beca sehingga ke pentas utama sambil diperhatikan tetamu-tetamu yang hadir pada malam ini.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan ketibaan mereka, lampu-lampu di dalam dewan turut dimalapkan dan hanya lampu sorot difokuskan kepada Azmin, Haniza dan Tian Chua.

Pada malam ini juga, Azmin akan merasmikan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda & Wanita PKR 2019.

Azmin merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR di Melaka malam ini.