Malaysia Dateline

Azmin Ali 1

Azmin berteka-teki pembubaran Dun Selangor

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat berteka-teki berhubung tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, beliau dan barisan kepimpinan negeri masih lagi belum membuat keputusan tentang tarikh yang bersesuaian.

“Ia bergantung kepada keadaan semasa, mungkin sebelum Parlimen dibubar, mungkin selepas (Parlimen dibubar).

“Bagaimanapun kerajaan negeri tidak memerlukan mandat awal kerana mandat yang diberi oleh rakyat pada PRU13 adalah cukup kuat dan fokus kerajaan negeri sekarang adalah untuk melaksanakan mandat berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Mandat kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dijangka tamat pada Jun 2018.

Sesi persidangan Dun Selangor yang pertama adalah pada 21 Jun 2013, selepas PRU13.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai agihan kerusi Dun bagi Pakatan Harapan di Selangor untuk PRU14, Mohamed Azmin berkata perkara itu akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Kami sudah mula berbincang mengenai perkara ini, dan saya percaya ia dapat diselesaikan dalam masa satu atau dua hari lagi,” katanya yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Selangor.

Selangor mempunyai 56 kawasan Dun dengan DAP menguasai 14 kerusi, PKR dan Pasmasing-masing 13 kerusi, BN (12), serta Parti Amanah Negara dan Bebas masing-masing dua kerusi.