Malaysia Dateline

Azmin dahului Hamzah dalam undian siapa calon TPM, tetapi 92% undi ke…

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului dalam undian calon Timbalan Perdana Menteri yang digerakkan warganet, sekaligus mengalahkan saingan rapat beliau iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Undian tersebut digerakkan pengguna Twitter @zack_rockstar.

Daripada keseluruhan 7,339 warganet yang mengundi, 5 peratus daripada pengundi menyokong Azmin untuk dilantik sebagai TPM di dalam Kabinet Ismail Sabri.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Hamzah pula hanya mendapat 1 peratus undian dari lebih 7,000 pengundi.

Tidak ketinggalan, bekas penasihat kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yasin iaitu Faizal Azumu turut dinamakan dalam undian calon TPM, dan memperoleh undian sebanyak 3 peratus.

Bagaimanapun kesemua mereka dikalahkan dengan ‘kambing’ yang mendapat 92 peratus undian warganet.

Menjelang pengumuman Kabinet baru, Azmin dan Hamzah antara nama yang disebut-sebut sebagai calon timbalan perdana menteri.

Senarai jemaah menteri difahamkan akan diumumkan dalam minggu ini.