Azmin dakwa persempadanan semula SPR panjangkan hayat BN

Azmin dakwa persempadanan semula SPR panjangkan hayat BN

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mendakwa tindakan kerajaan melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya bertujuan menjamin survival BN.

Azmin mendakwa, BN menggunakan semua cara untuk kemenangan dalam PRU akan datang.

“BN curi kemenangan daripada Pakatan Harapan (Harapan), kalau sistem ini adil, Harapan sudah berada di sana (Putrajaya) mentadbir kerajaan persekutuan.

“Maka kali ini sekali lagi menjelang PRU14 makin sengit dan semakin dahsyat kerana nyawa umno sudah sampai di penghujungnya,” katanya ketika sesi perbahasan usul laporan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya, hari ini.

Menteri Besar Selangor ini  turut mempersoalkan ketidakseimbangan dalam perbandingan jumlah pengundi paling besar dan paling kecil yang berlaku di Selangor.

“Sungai Air Tawar ada 16, 314 pengundi berbanding di Subang Jaya 704, 94 orang.

“Begitu juga di Jeram kawasan Umno pengundi hanya 19, 771 orang bolehlah bagi dedak pergi sumbat untuk menang tapi bagaimana di Kinrara 72, 4 79 orang manakala di Bukit Lanjan 64,279, Kajang 62,239 orang dan di Balakong 61,740 orang pengundi,” ujarnya seperti dilapor Sinarharian online.

Beliau mempersoalkan, adakah SPR tidak nampak ketidakseimbangan yang wujud dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Selain itu, mahkamah rayuan akan putuskan bantahan di Selangor esok, sebab itu perbahasan ini mesti ditangguhkan. Mengapa terburu-buru sedangkan SPR ada masa hingga 2018, SPR patut buat secara adil dan saksama,” katanya.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR ini berkata, tindakan SPR mengubah persempadanan kawasan pilihan raya menggugat keharmonian kaum di Selangor dan Pulau Pinang.

“Mengapa SPR pecahkan perpaduan kaum ini? Ikut parti perkauman yang sempit. Tuan Speaker jangan benarkan persempadanan semula ini diteruskan,” desaknya.

COMMENTS

Wordpress (0)