Azmin  dilantik menteri besar hari ini

Azmin dilantik menteri besar hari ini

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini, mengangkat sumpah bagi dua penggaal jawatan menteri besar Selangor selepas Pakatan Harapan mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Majlis diadakan di Balairong Seri Istana Alam Shah di Klang petang inidi hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam majlis itu, Azmin mengambil dua sumpah memegang jawatan iaitu untuk jawatan menteri besar dilantik sebagai AHli Majlis Diraja Selangor.

Azmin, yang berjaya mempertahankan kerusi Dun Bukit Antarabangsa dan kerusi Parlimen Gombak dalam pilihan raya pada Rabu lalu, adalah Menteri Besar Selangor ke-15.

Pada pilihan raya umum ke-14, Pakatan Harapan memenangi 51 daripada 56 kerusi Dun di Selangor, menewaskan BN (4) dan Pas (1).

Manakala bagi kerusi Parlimen PH memperoleh 20 kerusi daripada 22 kerusi Parlimen dipertandingkan di Selangor.

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS