Malaysia Dateline

Azmin ingatkan pemimpin dan ahli tidak lalai, mendewakan kuasa

Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak lalai dengan kedudukan kuasa hari ini dengan melupakan manifestasi keyakinan rakyat terhadap manifesto Pakatan Harapan.

Timbalan Presidennnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sejarah pemimpin negara dunia yang ‘mendewakan’ kuasa dan kedudukan telah membawa kepada keruntuhan sebuah kerajaan.

“Walaupun sudah mendapat kuasa dan kedudukan tetapi kuasa dan kedudukan tidak boleh melalaikan kita dariapda idealisma perjuangan reformasi.

“Sejarah mengingatkan kita penyakit mendewakan kuasa dan kedudukan sama ada melalui revolusi Perancis, Bolshevik dan Arab Spring yang bermula dengan agenda luhur untuk memerdekakan rakyat, akhirnya telah menyimpang kerana mengkhianati aspirasi rakyat.

“Ia juga boleh menjangkiti PKR sekiranaya kita alpa kepada matlamat dan idealisma perjuangan parti,” ujarnya ketika berucap pada Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) kali ke -13 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) malam tadi.

Sebahagian daripada perwakilan Wanita dan AMK yang hadir pada perasmian Kongres Nasiional Wanita dan AMK kali ke-13 Tahun 2018 yang diadakan di IDCC malam tadi.

Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata, semua anggota parti perlu mengambil iktibar dan bersedia mengalas tanggungjawab yang besar untuk mengilap idelisma dan mewarisi perjuangan rakyat.

“Reformasi bukan sebaga slogan semata-mata tetapi sebagai agenda pembangunan. Ini kerana kita berada di era pelaksanaan reformasi justeru menuntut anjakan minda pemikiran yang positif.

“PKR dan Pakatan Harapan (PH) akan maju dengan selesiakan masalah rakyat dan negara yang hari ini menuntut kita bekerja dengan lebih kuat sebagai satu pasukan demi rakyat dan negara Malaysia tercinta,” ujarnya.

Katanya lagi PKR sebagai parti masa depan yang menjangkau usia 20 tahun itu akan mengangkat wacana persoalan rakyat untuk masa depan.

Gesaannya selepas pemilihan selesai, semua anggota diseru memberikan tumpuan kembali kepada perpaduan parti agar menjadi benteng kepada ancaman luaran.

“Seramai 156,000 angota PKR melaksanakan tangugngjawab demokrasi untuk pilih kepimpinan parti baru-baru ini.

“Ia meletihkan kerana proses pemilihan paling lama di dalam dunia. Merupakan satu marathon kepada pimpinan dan calon yang menawarkan khidmat untuk berbakti pada perjuangan masa depan.

“Saya mengajak seluruh pimpinan dan anggota PKR kembali kepada agenda reformasi tulen untuk mengarap kekuatan demi bina sebuah perjuangan berasaskan nilai dan idealisma.

“Saya akan berganding bahu dengan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim kita akan menampilkan kepimpinan yang kuat dan berwibawa meneruskan tradisi kepimpinan muafakat demi masa depan negara dan rakyat,” ujarnya.

Konvensyen PKR2018  akan bermula esok sehingga Ahad.

Turut hadir Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin, Timbalan Ketua Wanita PKR Haniza Talha, Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar Selangor Amiruddin Saari dan dikalangan Majlis Pimpinan Wanita, AMK  Pusat.