Azmin jumpa MB Perak

Azmin jumpa MB Perak
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) berbual dengan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Perak itu di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.-FOTO bERNAMA.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Timbalan Presiden PKR itu tiba di pejabat Ahmad Faizal yang terletak di aras dua bangunan itu pada kira-kira pukul 9.45 pagi.

Mohamed Azmin meluangkan masa kira-kira 30 minit sebelum hadir Sesi Libat Urus Penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) Bersama Kerajaan Negeri Perak di Bilik Gerakan di aras bawah bangunan sama.

Mesyuarat itu berlangsung selama dua jam sebelum beliau kemudiannya menghadiri Majlis Silaturrahmi bersama kira-kira 500 penjawat awam di Dewan Banquet di aras berkenaan.

Pada sebelah petang Mohamed Azmin dijadualkan menghadiri Majlis Silaturrahmi bersama warga Felcra Seberang Perak di Dewan Besar Felcra Bandar Seberang Perak.-BERNAMA.