Azmin kekal di Gombak, Bukit Antarabangsa, Wan Azizah di Pandan

Azmin kekal di Gombak, Bukit Antarabangsa, Wan Azizah di Pandan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini mengumumkan calon bagi kerusi Parlimen dan Dun di negeri Selangor.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding di kerusi P100 Pandan yang mana penyandang pada PRU13 adalah Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Bagi kerusi Dun Kajang yang disandang beliau pada PRU13 lalu kini dicalonkan kepada Hee Loy Sian.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali kekal di kerusi P98 Gombak dan N19 Bukit Antarabangsa .

Bekas Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah calon bebas yang bertanding atas tiket PKR dicalonkan bagi kerusi P102 Petaling Jaya.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kekal di Parlimen Ampang. Ketua Wanita PKR Selangor Hanisza Talha di N20 Lembah Jaya.

PKR masih mengekalkan penyandang bagi kerusi Parlimen dan Dun yang pernah dimenangi PKR pada PRU13 lalu.

Senarai calon Parlimen dan Dun bagi  kerusi yang ditandingan PKR ini telah diumumkan  Wan Azizah pada Jelajah Pakatan Harapan di Stadium Tertutup Kuala Selangor malam tadi.

Senarai penuh kerusi Parlimen
1 .P97 Selayang – William Leong
2. P98 Gombak – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
3. P99 Ampang – Hajah Zuraidah Kamaruddin
4. P100 Pandan – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
5. P104 Subang- Wong Chen
6. P105 Petaling Jaya- Maria Chin Abdullah
7. P107 Sungai Buloh (dulu Subang) -Sivarasa Rasiah
8. P109 Kapar – Datuk Abdullah Sani
9. P112 Kuala Langat – Dr Xavier Jayakumar

Senarai bagi kerusi Dun
1 N03 Sungai Panjang – Mohd Fauzi Ahmad
2 N09 Permatang -Rozana Bt. Zainal Abidin
3.N10 Bukit Melawati – Sivamalar A/P Ganapathy
4.N11 Ijok – Dr. Idris Ahmad
5. N14 Rawang – Chua Wei Kiat
6. N16 Sungai Tua- Amiruddin Shaari
7. N17 Gombak Setia -Hilman B. Idham
8.  N19 Bukit Antarabangsa – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
9. N20 Lembah Jaya – Hanisza Talha
10. N25 Kajang – Hee Loy Sian
11. N32 Seri Setia – Najwan Halimi
12. N33 Taman Medan – Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
13 N37 Bukit Lanjan Elizabeth Wong Keat Peng
14 N39 Kota Damansara – Shatiri B. Mansor
15.N40 Kota Anggerik- Prof Shaharuddin B. Badarudin
16.N41 Batu Tiga – Rodziah Binti Ismail
17.N43 Sementa Dr Daroyah Binti Alwi
18. N46 Pelabuhan Klang – Azmizam Zaman Huri
19. N48 Sentosa -Dr Gunaraj George
20. N49 Sungai Kandis -Shuhaimi Shafiee
21.N54 Tanjong Sepat- Hj Borhan Aman Shah

Hari ini telah diumumkan juga senarai calon bagi 3 kerusi Parlimen dan 9 kerusi Dun bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia  yang diumumkan Pengerusi Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari.

Pada Ahad  AMANAH Negeri Selangor turut mengumumkan calon di  5  kerusi Parlimen dan 10 kerusi Dun.

8.2
OVERALL SCORE
: 9.0
4 user votes x 8.0
CATEGORIES
TAGS