Azmin, makan mana malam ni, tanya Najib
Najib dipercayai menyindir Azmin selepas projek kerajaan pintu belakangnya tanpa beliau gagal.

Azmin, makan mana malam ni, tanya Najib

Kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada ketua pasukan kerajaan pintu belakang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ‘Azmin, makan mana malam ni?’ menimbulkan pelbagai persoalan.

Ramai pula membuat andaian ia adalah sindiran Najib kepada Azmin selepas usaha penubuhan kerajaan pintu belakang dikira gagal selepas ditolak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan sokongan penuh Warisan kepada Mahathir.

Najib dalam facebooknya malam ini membuat naik satu posting yang dikira menyindir Azmin yang mendapat komen ribuan rakan facebook beliau.

Lebih 50,000 telah menekan butang ‘like’ kepada posting itu di samping 3,700 komen dan 1,600 share.

Najib dipercayai menyindir posting Azmin pagi tadi yang menulis “Alhamdulillah sedap makan di rumah pagi ini. Habis semangkuk,”.

Seorang rakan Najib membuat sindiran balas kepada beliau dengan menyatakan rasa kasihan kepada Najib kerana tidak ada mana-mana pihak pun yang mahu memasukkan Najib dalam pasukan mereka dalam usaha pelbagai pihak untuk membentuk kerajaan.

“Walaupun ko troll semua org tapi dalam hati ko amat sedih dan gundah gulana kerana segala perancangan tiada satu pun yang melibatkan ko dan harapan ko nak lepas dari dakwaan mahkamah hancur berkecai… hahahahaha,” tulis Kid Joe.

Tulisan beliau mendapat balasan 143 jawapan atau komen balas.