Azmin seru rakyat ketepi isu peribadi, bersatu tuntut Najib undur

Azmin seru rakyat ketepi isu peribadi, bersatu tuntut Najib undur

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu semua pihak mengenepikan isu peribadi dan latar belakang politik dalam usaha selamatkan Malaysia.

“Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum bersatu dengan satu tekad untuk melakukan Reformasi menyelamatkan Malaysia,” kata beliau berkata pada Himpunan Selamatkan Malaysia, peringkat Selangor di Stadium Malawati, malam tadi.Himpunan Deklarasi Rakyat Stadium Melawati malam tadi

Beliau berkata sejarah kebangkitan rakyat ketika zaman Reformasi 1998 berulang apabila seluruh masyarakat bersatu menuntut pentadbiran adil dan saksama.

“Sokongan 1.2 juta tandatangan dikumpulkan menerusi Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia mencetuskan kembali gelombang Reformasi rakyat di negara ini,” katanya.

Kesepaduan inilah katanya mencipta kebangkitan rakyat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara sekali gus merubah landskap politik negara ketika itu.

“Kita mengulangi sejarah tersebut apabila rakyat tanpa mengira kaum dan idealogi politik bersatu menyelamatkan Malaysia menuntut Najib turun segera daripada tampuk kepimpinan,” katanya yang juga Menteri Besar Selangor.

Selepas ditandatangani lebih 1.2 juta rakyat Mahathir terus kempen Deklarasi RakyatAntara yang hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri Tun Dr Siti Hasmah, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, bekas pimpinan Umno, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Khairuddin Abu Hassan, Exco Negeri, Dr Daroyah Alwi, Amiruddin Shari dan Elizabeth Wong.

Deklarasi Selamatkan Malaysia

Terdahulu, Ketua Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata gerakan itu berjaya mengumpulkan 1.2 juta jumlah tandatangan untuk dibawa kepada Majlis Raja-Raja, menuntut pengunduran Datuk Seri Najib Razak.

Mohamed Azmin berkata, sambutan itu membuktikan rakyat Malaysia menolak kepimpinan Najib ekoran kegagalan urustadbir beliau sebagai Perdana Menteri susulan pelbagai skandal kewangan dan korupsi pentadbirannya.

“Ucapan tahniah kepada 1.2 juta rakyat Malaysia yang berani tandatangani deklarasi rakyat ini. Namun, mengapa saya rakamkan penghargaan dan ucapan tahniah?

“Ini kerana rakyat Malaysia hari ini tampil menandatangani dokumen penting bukan dengan imbuhan atau sogokan seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM500.

“Tetapi mereka (rakyat) cekal dan berani tampil walaupun berdepan risiko cukup besar daripada pemberi,” katanya.

TAGS