Azmin tiada kekuatan suara satukan pembangkang di Sungai Besar

Azmin tiada kekuatan suara satukan pembangkang di Sungai Besar

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat  gagal dan tiada kekuatan suara menyatupadukan pakatan pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar, kata Pengerusi BN Parlimen Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat  gagal dan tiada kekuatan suara menyatupadukan pakatan pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar, kata Pengerusi BN Parlimen Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos.

Beliau  berkata, Azmin juga telah mengeruhkan lagi konflik di antara Pas dan Pakatan Harapan mengakibatkan kerajaan negeri Selangor dalam keadaan rapuh dan berpecah belah.

“Saya merasakan sudah tiba masanya Azmin berundur dan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor kerana kegagalan beliau memperkukuhkan kerjasama pimpinan negeri di bawah PKR,Amanah dan DAP apatah lagi dengan Pas.

“Jika Azmin terus kekal saya khuatir kerajaan negeri akan terus rebah dan rakyat Selangor akan terus dipinggirkan akibat kerakusan politik beliau dan konco-konconya,” ujarnya  kepada Malaysia Dateline.

Mohamed Azmin baru-baru ini, membayangkan akan meletakkan calon PKR di kerusi Parlimen Sungai Besar pada PRK Jun ini, tetapi pada masa sama, Pas juga telah memberi kata putus untuk bertanding di dua kerusi termasuk Parlimen Kuala Kangsar.

Ini kerana, menurut Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah kerusi tradisi Pas yang menyertai pertandingan sejak beberapa siri Pilihan Raya Umum (PRU) lagi.

Dalam pada itu Amanah juga menerusi kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad semalam, memaklumkan  tiga nama iaitu  presidennya Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub  dan Timbalan Pesuruhjaya Amanah Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin antara nama yang dicalonkan untuk bertanding di Sungai Besar.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, jika berlaku pertandingan tiga penjuru membabitkan BN, Pas dan Amanah maka sia-sialah usaha Pakatan Harapan yang sebelum ini dilihat turun ke Sungai Besar untuk mendapat sokongan pengundi.

Umno dan BN Sungai Besar ujarnya tidak menghadapi cabaran sengit dalam PRK kali ini kerana tiga parti dari blok pembangkang iaitu Pas, Amanah dan PKR dilihat bersengketa sesama sendiri merebut kerusi.

Jamal turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau tidak berminat bertanding di Sungai Besar.

“Saya selaku Pengerusi BN di Parlimen Sungai Besar akan menggunakan segala tenaga untuk bekerja keras bagi memastikan calon yang diputuskan pucuk pimpinan parti akan memenangani majoriti lebih besar di Sungai Besar.

“Saya berharap tidak timbul lagi sebarang spekulasi berhubung isu calon PRK Sungai Besar yang mengaitkan nama saya sebagai antara calon disenaraikan yang mungkin berpotensi untuk terpilih sebagai calon BN di parlimen Sungai Besar.

‘Saya mengulangi pendirian tidak berminat untuk bertanding dalam PRK Sungai Besar,”  tegasnya.

 

TAGS