Azmin ucap penghargaan, mahu cipta peluang pekerjaan, tingkatkan FDI

Azmin ucap penghargaan, mahu cipta peluang pekerjaan, tingkatkan FDI

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, agar Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat membentuk sebuah Kerajaan yang tampan, cekap dan berkesan.

Menteri Besar Selangor itu berkata demkian bagi menzahirkan ucapan terima kasihnya atas kepercayaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantiknya memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam kabinet PH.

“Sebagai memenuhi aspirasi rakyat, saya komited kepada usaha membangun sebuah ekonomi yang kuat dan rancak, mencipta nilai, menjana peluang pekerjaan, serta meningkatkan FDI.

“Saya ingin memberi jaminan kepada pelabur domestik dan pelabur asing bahawa Kerajaan baharu ini adalah business friendly dan mesra pelabur dengan berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

“Menjadi iltizam saya untuk memacu daya saing ekonomi negara demi meletakkan kembali Malaysia di kedudukan utama dalam kepimpinan ekonomi rantau ini.

“Saya juga bertekad untuk memastikan keadilan sosial terlaksana di mana kekayaan negara akan diagihkan secara adil dan saksama.

“Saya terharu dengan dukungan dan sokongan gemuruh yang diberikan oleh rakyat Selangor terutamanya anggota perkhidmatan awam dan anak muda.

“Sesungguhnya, Selangor amat dekat di hati sanubari saya. Saya amat terkesan dengan permintaan rakyat yang dizahirkan secara terbuka menerusi media sosial agar saya terus kekal memimpin Selangor.

“Percayalah, saya akan terus bersama rakyat Selangor meneruskan kejayaan, kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Selangor.

Amat berat untuk saya meninggalkan rakyat Selangor. Namun, saya insaf bahawa saya juga mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Ini adalah panggilan tanah air.

“Justeru, saya mempunyai tanggungjawab moral untuk memberikan khidmat dan bakti kepada bangsa dan negara,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau antara 13 barisan menteri kabinet baharu Pakatan Harapan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan mengangkat sumpah serah jawatan yang akan diperkenankan oleh Yang Dipertuan Aong Sultan Muhammad V pada jam 5.00 petang ini di Istana Negara.

Menurut Mohamed Azmin lagi, tidak ketinggal beliau memberikan penghargaan kepada Dr Mahathir di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya yang untuk berada di barisan utama pentadbiran kerajaan PH.

“Di atas kepercayaan beliau (Dr Mahathir) melantik saya menyertai kabinet sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Saya menerima amanah dan tanggungjawab ini dengan kesedaran untuk melaksanakan reformasi ekonomi demi menyelamatkan negara dari krisis akibat kecelaruan dasar-dasar pentadbiran sebelum ini,” ujarnya.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu turu menjunjung kasih di atas limpah perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk beliau memainkan peranan yang lebih besar di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Perkenan Tuanku ini adalah atas penjelasan dan pengesahan daripada YAB Perdana Menteri tentang skop kerja dan bidang kuasa Kementerian yang baharu.

“Dengan setulus hati, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih di atas titah nasihat dan pedoman yang diberikan oleh Tuanku sepanjang saya mengemudi pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

“Titah nasihat dan pedoman Tuanku telah memperkukuh keyakinan saya serta mengupayakan saya untuk mengangkat Selangor ke tahap kejayaan yang lebih tinggi,” ujarnya.

 

5.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 2.0