Azwanddin sahut cabaran saman Guang Eng

Azwanddin sahut cabaran saman Guang Eng

Penasihat Gagasan Tiga Malaysia (G3), Datuk Azwanddin Hamzah mengalua-alukan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadapnya.

“Baguslah, samanlah,” katanya dipetik Utusan Online hari ini merujuk kepada ancaman Guan Eng untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang jika G3 tidak membuat permohonan maaf atas kenyataan mereka yang dianggap sebagai ‘fitnah jahat’.

Azwanddin berkata, pihaknya akan melakukan mesyuarat tergempar hari ini dan dalam tempoh dua hari, G3 akan mengadakan satu lagi sidang akhbar untuk menjawab ancaman daripada Menteri Kewangan itu.

“Hari ini memang kita ada mesyuarat ahli lembaga pengarah G3, jadi kita akan buat beberapa keputusan dan akan mengumpul maklumat serta bukti. Kita akan buat sidang akhbar dalam tempoh dua hari lagi, Insya-Allah.

“Pokoknya, saya sarankan Guan Eng untuk terus saman saya untuk kita bertemu di mahkamah agar saya boleh tampilkan segala dokumen dan bukti-bukti di mahkamah,” tegasnya

G3 yang merupakan gabungan 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini mendakwa ‘bangsa DAP’ membawa agenda tersembunyi dan perlu dihancurkan sebelum mereka menghancurkan negara.