“Bab boikot ‘fast food’ laju, tapi konsert terkinja-kinja” – Netizen minta orang ramai boikot Bruno Mars

Oleh MAISARAH AISYA

Sebelum ini peminat artis Korea bertindak menyerang Instagram penyanyi Eric Nam hingga dia bertindak membatalkan konsert di Malaysia.

Kini selepas enam tahun, penyanyi antarabangsa, Bruno Mars pula bakal menjayakan konsert di Kuala Lumpur pada bulan September akan datang.

Bruno sebelum ini terpaksa membatalkan konsert pada hari kedua di Tel Aviv, Israel disebabkan peperangan yang berlaku.

Malah dia sempat melaungkan ‘I Love Israel’, bagaimanapun Bruno tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai negara tersebut.

Malah ruangan komen Instagram Bruno dipenuhi orang Israel yang mahukan dia membuat kenyataan konon mereka sedang ditindas.

Disebabkan itu ramai tidak berpuas hati penyanyi tersebut dibenarkan membuat persembahan di Malaysia.

Komen netizen:

Umum tahu rakyat di Malaysia masih banyak memboikot produk yang terkait dengan negara yang sudah merampas banyak rakyat Palestin.

“Boikot benda yang dah lama ada di Malaysia macam ‘fast food’, tak kan susah nak boikot orang yang pertama kali buat konsert kat sini.

“Peminat Kpop boleh ‘cancel’ Eric Nam sampai dia tak jadi datang Malaysia, peminat Bruno mesti boleh buat benda sama kan?

“Dia buat konsert di Israel pada 4 Oktober, tanpa menghiraukan BDS, siap cakap dia dah lama menunggu untuk bermain di sana dan berharap untuk kembali tidak lama lagi.

“Bukan setakat tu sahaja Bruno Mars sendiri ada keturunan Yahudi di sebelah bapanya,” antara komen netizen.

Baca juga: Ini 5 tempat orang dulu-dulu suka sorok duit, cuba tengok di kampung mana tahu masih terselit