Malaysia Dateline

Babak ‘Abdullah Bin Mubarak’ Mat Kilau di Netflix tidak disunting buat penonton keliru

Semalam, filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof yang mula ditayangkan di Netflix muncul trending di media sosial apabila terdapat satu kesalahan fakta yang agak besar.

Terdapat satu babak disebutkan tentang nama Abdullah bin Mubarak yang dikatakan sahabat Nabi sebaliknya fakta itu salah sama sekali.

Seorang pengguna Facebook Halim Abdulrrahman Halim membetulkan fakta itu di mana Abdullah Ibn Mubarak seorang Tabi’ Tabi’in dan ahlul hadith yang lahir 118 Hijrah dan tidak pernah berjumpa Nabi.

“Abdullah Ibn Mubarak sahabat Nabi? Setahu saya Abdullah Ibn Mubarak seorang Tabi’ Tabi’in dan ahlul hadith, beliau lahir 118 Hijrah. Tidak pernah jumpa Nabi.

“Mungkin ‘Mat Kilau’ tersasul, dan sebenarnya dia mahu maksudkan Abdullah Ibn Rawahah r.a. Kalau Abdullah Ibn Rawahah memang pahlawan dan panglima perang, memimpin 3,000 Muslim melawan 200,000 tentera Rom pada perang Mu’tah.

“Harap pihak pengarah atau penerbit double check skrip para pelakon sebelum difilemkan,” nasihatnya.

Bagaimanapun, pihak Studio Kembara telah menghubungi beliau berkenaan isu nama Abdullah Ibn Mubarak.

Menurut Tim Studio Kembara, bahagian itu sebenarnya telah disunting dan ditapis oleh penasihat syariah justeru babak tersebut tidak wujud semaa ditayangkan di pawagam.

“Jadi, lepas ini mereka akan minta Netflix untuk siarkan kandungan yang sudah disunting atau ditapis sahaja. Moga ia dapat menjelaskan kekeliruan.

“Terima kasih Studio Kembara atas kesungguhan ini,” kata Halim.

Berikut ini penjelasan pihak Studio Kembara kepada Halim:

“Saya daripada Tim Studio Kembara;

Terima kasih atas pembetulan tentang Abdullah bin Mubarak. Usaha murni ini amatlah penting untuk memastikan displin ilmu ke arah terus di pelihara keaslian dan kefahaman yang benar kepada masyarakat kita.

Sebenarnya bahagian ini telah disunting selepas ditegur oleh penasihat syariah.

Dan semua tayangan pagawam hanya menyiarkan filem yang telah disunting dengan pembetulan sahaja.

Untuk tayangan Netlix, kami baru maklum bahawa ada sedikit kekeliruan file dan kami sedang minta Netflix untuk menayangkan Filem yang telah disunting dengan pembetulan sahaja.

Segala tulisan Tn Halim terhadap Filem Mat Kilau kami ambil positif untuk menambahbaik produksi seterusnya. Jazakumullah khairan jaza’ Semoga terus menegur untuk kebaikan bersama.

Nampaknya, kesalahan tak sengaja ini rupanya menyebabkan kesemua penonton telah menonton versi uncencored yang mempunyai perbezaan dari apa yang ditonton di pawagam.

Mat Kilau kini boleh distrim di Netflix dan turut boleh ditonton di pawagam yang terpilih.

Baca juga: Sihir tak berkesan, isteri upah 5 lelaki tetak suami sampai mati kerana hilang sabar 10 tahun jalin hubungan sulit

Baca juga: Kahwini 53 wanita dalam tempoh 43 tahun, lelaki Arab cari ‘keamanan dan kestabilan’, bukan ‘keseronokan peribadi’