Malaysia Dateline

“Baca sejarah dululah!” – Apek Cina bengang orang bandingkan Mat Kilau dengan Chin Peng

Ching Peng ketika hidupnya mencetuskan banyak kontroversi dan perhatian. Ada puak yang menyifatkan Ching Peng pengganas, manakala yang lain menganggapnya pejuang.

Bagi generasi muda yang tak faham sejarah dan tidak mengetahui derita yang ditanggung tentera dan rakyat, memang mudah untuk menyanjungi Chin Peng. Kerana itu secara tiba-tiba ada yang cuba mengangkat komunis itu.

Pemilik Facebook Ulasan Apek Cina atau nama sebenarnya, Zee How Tai menyatakan rasa bengang dan marah dengan individu yang cuba membandingkan perjuangan Mat Kilau, dengan ketua pengganas Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Dia berkata, ada rakannya yang memberi hujah bahawa Mat Kilau dan Chin Peng sama-sama menentang penjajah, bahkan kedua-duanya itu turut dikatakan derhaka kepada pihak istana.

Hujah itu disangkal Apek Cina dan menyuruh orang ramai baca dahulu sejarah lama. Dia juga menjelaskan perbezaan kedua-keduanya supaya orang ramai lebih celik tentang isu ini. Kami sertakan perkongsian Apek Cina seperti di bawah.

Saya cukup marah apabila seorang kawan bandingkan Mat Kilau dengan Chin Peng

Dia kata, Mat Kilau menentang penjajah British, Chin Peng menentang penjajah Jepun. Mat Kilau derhaka kepada Almarhum Sultan, Chin Peng derhaka kepada Almarhum Tuanku Agong. Mat Kilau menyembunyikan diri, Chin Peng menyembunyikan diri.

Saya marah, dan minta dia baca sejarah dulu baru bagi pandangan yang begitu tidak cerdik.

1. Mat Kilau perjuangkan untuk kaum dan agama. Chin Peng nakkan negara Komunis yang tidak berasaskan agama.

2. Mat Kilau dan rakan seperjuangan melawan tentera penjajah. Chin Peng membunuh ramai rakyat Malaysia yang tidak berdosa.

3. Mat Kilau menentang penjajah untuk maruah dan bangsa, beliau berhenti sebelum dan setelah Malaysia mencapai kemerdekaan , Chin Peng menentang penjajah Jepun, dan teruskan menentang DYMM Tuanku Agong SETELAH Malaysia mencapai kemerdekaan.

4. Mat Kilau ingin menaikkan Agama dan pemerintahan rakyat tempatan. Chin Peng nak musnah Agama dan importkan ideologi komunisma.

“Apa nak bandingkan Mat Kilau dan Chin Peng? Baca sejarah dululah!.” kata Apek Cina.

Untuk rekod, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya mencipta fenomena dengan diiktiraf filem tempatan paling laku selepas karya dihasilkan Syamsul Yusof pecah panggung sehingga meraih lebih RM50 juta kutipan setakat semalam.

Baca juga: Peguam perjelas pada orang ramai, polis tak boleh minta ‘password’ telefon bimbit jika bukan untuk siasatan

Baca juga: Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati, ucap terima kasih pada yang menyokong