Malaysia Dateline

Badan dah kecut punca Noki sudah jarang ‘belanja’ badan

“Sekarang sudah lama tak belanja (tayang badan) sebab saya lama tidak ke gim, badan pun dah kecut.”

Itu kata penyanyi yang juga anggota kumpulan K-Clique, Noki mengakui sudah jarang berkongsi gambarnya yang tidak berbaju di media sosial kerana otot badannya mengecil.

Pemilik nama Ahmad Ikhwan Aji itu berkata, semua itu berpunca daripada kesibukan dan tiada masa untuk melakukan senaman di gimnasium.

“Saya pula baru pindah rumah, jadi bila dua minggu tak bersenam, rasa tiada semangat nak mula semula,” dipetik Kosmo! Online.

Dalam masa sama, Noki, 28, mengakui sering menerima mesej lucah gara-gara foto tidak berbaju.

Walau bagaimanapun, dia tidak pernah menyalahkan individu berkenaan kerana mengakui perkara itu datang daripada tindakannya sendiri.

Bagaimanapun, Noki berkata, dia tidak pernah menyesal atau ralat sebaliknya sentiasa melihat perkongsian itu dari sudut positif.

“Saya terima banyak mesej peribadi di Instagram yang bukan-bukan, lucah dan sebagainya. Tapi saya selalu padam dan tidak melayan pun.

“Saya tak salahkan mereka kerana saya yang buka ruang untuk mereka berani berbuat demikian,” katanya lagi.