Badut iras Najib: Fahmi Reza  bebas, dakwaan digugurkan

Badut iras Najib: Fahmi Reza bebas, dakwaan digugurkan

Pereka grafik, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 40, akhirnya dibebaskan dari pertuduhan di bawah akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) kerana menaikkan  karikatur badut Datuk Seri Mohd Najib Razak, di Instagram miliknya, dua tahun lepas.

Menulis di facebook beliau, Fahmi berkata pihak pendakwaraya berhasrat untuk tidak meneruskan kes tersebut dan memohon supaya pertuduhan digugurkan.

Manakala media dipetik melaporkan Mahkamah Sesyen  melepas dan membebaskan  Fahmi Reza daripada tuduhan memuat naik imej badut menyerupai bekas Perdana Menteri itu.

Hakim Zamri Bakar membuat keputusan itu terhadap Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 41, selaku Orang Kena Saman (OKS), selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan menerusi Timbalan Pendakwa Raya, Noor Jazilah Mohd Yushaa untuk menarik balik pertuduhan itu mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.

Pada prosiding itu, Noor Jazilah turut memberitahu mahkamah, peguam Syahredzan Johan sudah menghantar dua surat representasi untuk menarik balik pertuduhan terhadap Fahmi Reza pada 12 Jun dan 17 Julai lalu dan Pejabat Peguam Negara menerima represetasi untuk menggugurkan pertuduhan itu.

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS