Bagaimana jika orang Arab dan Indonesia kuasai hartanah kita?

Bagaimana jika orang Arab dan Indonesia kuasai hartanah kita?

Isu pasaran hartanah yang berstatus pegangan bebas di Malaysia bukan persoalan agama atau perkauman sempit sebaliknya ia adalah isu kedaulatan dan keselamatan negara, tegas Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Isu pasaran hartanah yang berstatus pegangan bebas di Malaysia bukan persoalan agama atau perkauman sempit sebaliknya ia adalah isu kedaulatan dan keselamatan negara, tegas Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, membuka pintu negara tanpa batas kepada pemilikan kekal dan bebas oleh rakyat asing ke atas pasaran hartanah adalah mangkin kepada pelaku dan penagih rasuah di negara ini sepertimana khususnya yang sedang melanda pentadbiran Kerajaan Negeri Johor hari ini.

Menurut beliau, projek-projek mega di IRDA terutama Forest City adalah contoh terbaik dalam isu ini.

“Apabila pasaran hartanah kita dikuasai oleh orang-orang Cina dari tanah besar China khususnya di Forest City, ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan isu perkauman Cina. Isu yang cuba dimainkan ialah sentiman anti Cina yang jelas cuba dimanipulasi untuk kepentingan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

“Adaikata pasaran hartanah di Forest City atau mana-mana projek super mega yang berstatus ‘free hold’ di negara ini dikuasai oleh hartawan dari Negara Arab atau Indonesia, adakah kita akan bergembira atau bersetuju?

“Walaupun hartawan dari Arab adalah seagama dan jutawan dari Indonesia mungkin majoritinya bangsa serumpun dengan saya, saya sebagai rakyat di negara ini tidak mungkin akan bersetuju sama sekali kerana kepentingan rakyat dan keselamatan negara adalah segala-galanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru katanya, Amanah mengajak rakyat berani bangun untuk menyuarakan penentangan terhadap isu rasuah hartanah dan polisi memberikan status hak milik kekal secara berleluasa tanpa had yang memungkinkan berlakunya penjajahan baru yang mengancam hak dan keselamatan rakyat serta negara kita sendiri.

“Berpayungkan kepada Perlembagaan Negara dan Negeri- negeri, petualang rakyat dan negara ini mesti diperangi habis-habisan kerana mereka begitu rakus menjahanamkan masa depan negara.

“Mereka telah khianat kepada rakyat yang memberikan mereka mandat dalam pilihan raya yang lalu,” katanya.

TAGS