Malaysia Dateline

Bagaimana kita harus mengubah perspektif?

Suatu hari, seorang lelaki mengajukan dua soalan kepada dua saudara lelaki. Adakah ayah anda kaki minum dan pemabuk?

Kedua-dua mereka menjawab bahawa ayah mereka memang kaki minum dan sering mabuk.

Lelaki itu kemudian bertanya kepada salah seorang saudara lelaki, adakah dia ingin menjadi seperti bapanya.

Anak itu berkata tentunya tidak.

Ketika lelaki itu menanyakan alasannya, anak itu mengatakan bahawa ayahnya minum sehingga mabuk dan oleh itu, dia tidak mahu menjadi seperti ayahnya.

Soalan yang sama ditanya kepada anak yang seorang lagi.

Dia mengatakan bahawa dia ingin menjadi seperti ayahnya kerana dia minum dan seronok melihat ayahnya ketika mabuk.

Dari sini, kedua-dua anak-anak itu menyebut alasan yang sama untuk pilihan mereka yang berbeza. Kenapa?

Ini kerana perspektif individu masing-masing.

Seorang anak itu tahu mengambil dan minum minuman keras adalah penyebab keganasan dan kegelisahan, oleh itu dia tidak mahu menjadi seperti ayahnya.

Anak yang seorang lagi pula berpendapat bahawa ayah itu betul dan tidak salah dan oleh itu, dia mahu menjadi seperti bapanya.

Keutamaan individu kita merupakan sesuatu yang penting.

Kita tahu perbezaan antara baik dan buruk.

Ada yang berusaha untuk yang baik dan yang lain untuk yang buruk.

Kita sentiasa ada pilihan. Ingat, yang baik selalu menang atas yang buruk.

Hampir setiap orang mempunyai kebiasaan mengabaikan perkara-perkara dalam kehidupan.

Mereka melakukan ini kerana sesuai dengan kehendak, keinginan dan keperluan mereka.

Kita juga sering melihat orang ramai mengabaikan pengemis dan gelandangan yang lapar di jalanan tetapi mereka menikmati jaudah makanan yang mewah di restoran yang hebat.

Di sini, anda mempunyai pilihan. Anda boleh memberi makan orang miskin daripada memuaskan selera anda.

Kita tidak mengatakan bahawa kita perlu membuang semua kemewahan dan menyumbangkan semua wang kita untuk mereka yang kurang bernasib baik.

Tetapi, kita harus menganalisis dan mempunyai pandangan tentang apa yang salah dan mana yang betul.

Jalan yang benar selalu menuju kemuliaan.

Jangan pernah mempercayai apa yang anda lihat.

Manusia telah mencapai kemajuan ilmiah yang luar biasa.

Kitai dikurniakan tahap intelektual yang cemerlang.

Kita harus menggunakan akal kita untuk menentukan tindakan kita.

Sebagai contoh, jika seseorang mengatakan bahawa adalah normal untuk melakukan diskriminasi berdasarkan warna kulit.

Anda boleh mengemukakan pandangan anda dan mengecam tindakan tersebut berdasarkan alasan saintifik, berperikemanusiaan dan akal fikiran.

Anda harus mempunyai perspektif anda sendiri berdasarkan alasan dan akal.

Bagaimana Kita Harus Mengubah Perspektif?

Teringat akan salah seorang rakan kerja yang ‘gagap’ tetapi beliau merupakan seorang pendidik.

Beliau bukanlah ‘gagap’ teruk tetapi ‘agak tersekat’ ketika bercakap dan hairan juga bagaimana beliau lulus dan menjadi ‘guru’.

Beliau berasa risau dan agak takut bercakap di khalayak ramai kerana kekurangan beliau, namun kami berpakat dengan memberi peluang kepada beliau untuk menjalankan tugasan amali kerana beliau akan di bantu oleh kami yang akan lebih bercakap.

Beliau risau orang akan mengejek dan tidak mahu mendengar percakapan dan pandangan beliau.

Kami mengalakkan beliau untuk menyertai kursus dan bengkel yang memfokuskan kepada pengucapan awam.

Platform dan peluang yang diberikan membantu mengatasi kekurangan beliau.

Ketika itu beliau benar-benar menggigil dengan kegelisahan.

Walaupun begitu, beliau berupaya mengumpulkan keberanian dan naik ke podium dan menyampaikan ucapan selama lima minit.

Selepas penyampaian beliau berasa lega.

Beban rasa malu, rasa bersalah dan ketakutan hilang ketika itu.

Penonton menghargai keberanian dan menghormati beliau.

Beliau berasa gembira dan perspektif beliau berubah sepenuhnya.

Kini beliau menyedari bahawa kita sering menggambarkan keadaan sesuai dengan jangkaan kita .

Kita menjangkakan bahawa orang akan mengejek kita dan oleh itu, kita tidak berinteraksi dengan mereka.

Selepas ucapan, beliau menyedari bahawa beliau salah sepenuhnya.

Sebenarnya, orang akan menerima kita seadanya.

Kita tidak tidak perlu menggambarkan apa-apa.

Kita juga tidak perlu mengharapkan apa-apa kerana apabila kita mengharapkan sesuatu, dan jika ia tidak memenuhi jangkaan anda, itu adalah menyakitkan.

Oleh itu, biarkan sesuatu perkara seperti sedia ada. Biarkan yang lain melihatnya sebagaimana mestinya. Ini tentu akan mengubah perspektif anda mengenai kemanusiaan.
—————-
Azizi Ahmad adalah pembaca Malaysia Dateline yang cuba mengubah perspektif.