Ciri khas yang menjadikan karya Imam Al-Ghazali dalam “magnum opus” beliau ” ihya’ ‘ulummuddin” agak istimewa dari kitab-kitab ulama yang lain khususnya kitab-kitab yang membincangkan hukum fiqh adalah, bagi saya, pendekatan perbahasan dwi dimensinya.
Umumnya, kitab fiqh – sesuai dengan orientasi kajian fiqh – perbincangannya lebih menjurus kepada soal perbincangan hukum syari’at dari segi dzohir.
Misalnya, fiqh solat lebih menerangkan tentang اركان الصلاة..”arkanul solat” (rukun-rukun solat) dari segi zahir.
Misalnya, perbincangan mengenai rukun-rukun wuduk, rukun-rukun qauli dan fi’li solat dan lain-lain.
Soal riya’ dan khusyu’ dalam solat misalnya, boleh dikatakan tidak dibincangkan di dalam kitab-kitab fiqh kerana perkara-perkara sebegitu di luar “bidangkuasa” fiqh.
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali رحمه الله memilih pendekatan yang agak berbeza. Bab solat dalam kitab “ihya'” dibincang di bawah tajuk “kitabu asrari al-saumi”.. كتاب اسرار الصوم @ kitab rahsia-rahsia puasa.
Pendekatan Al-Ghazali adalah bersifat dwi dimensi – dzohir dan batin atau luaran dan dalaman atau dalam bahasa orang agama, syariat dan hakikat.
Sebab itu, misalnya ketika dibincangkan bab puasa, imam menulis dua sub-topik berikut:
a. في الواجبات والسنن الظاهرة واللوازم بافساده
b. في اسرار الصوم وشروطه الباطنة
Mudahnya, imam kupas bab puasa dari perspektif kewajipan-kewajipannya dan kupas juga perkara perkara sunatnya dari sudut fiqh luaran/dzohir.
Tetapi imam juga mengupas rahsia-rahsia puasa dan prasyarat- prasyarat puasa dari sudut dalaman/batin yang mana diletakkan enam syarat prasyarat dalaman bagi ibadat puasa. Contohnya, menundukkan penglihatan…غض البصر dan memelihara lisan.. حفظ اللسان.
Dan “style” sebegitu kita tidak akan berjumpa dalam kitab-kitab fiqh yang biasa!
Therein, in my view, lies the exceptional features of his magnum opus-ihya’ ‘ulummuddin!
والله اعلم