Orang tua-tua dahulu jarang kita lihat mempunyai penyakit mungkin salah satu sebab mereka enggan ke kilnik untuk mendapatkan rawatan, jadi lebih memilih berubat dengan cara tradisional sahaja.
Di sini terdapat 7 petua orang tua-tua zaman dahulu yang boleh diikuti, mana tahu, ada amalan-amalan lama ini yang sesuai dengan tubuh badan anda. Boleh cuba sebagai ikhtiar.
Ikuti perkongsian melalui Fb Nor Or yang boleh dikuti di luar sana.
PETUA ELAK PENYAKIT
Makan sedikit garam. Kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat elak penyakit, juga dapat bersihkan jantung dan paru-paru.
PULIHKAN SAKIT JANTUNG
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan dengan air. Minumlah air rebusan tadi, sehari dua kali pada waktu pagi dan malam. Boleh tambah madu asli untuk tambah rasa.
HILANGKAN BISA-BISA TULANG
Masukkan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki di dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.
MERAHKAN BIBIR
i. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk, pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
ii. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam tidur.
BUNUH KUTU KEPALA
Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan 3sdb minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.
BATUK
Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Bila kerak nasi dah kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
SAKIT ANGIN
Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.
Haa, cukup lah dulu setakat ni. Memang best petua lama ni. Selain jimat, kita pun tak perlu takut kot ada kesan sampingan yang lain. Semoga bermanfaat.
Hanya sekadar peringatan buat pembaca, sekiranya anda ingin mencuba petua-petua di atas, sebaiknya dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu. Hal ini kerana, setiap orang mempunyai keadaan kesihatan yang berbeza. Jadi, tidak salah untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
Baca juga: ‘Tangan dan kaki diikat, dipukul dengan rantai besi dan mengancam untuk menggugurkan kandungan’