Malaysia Dateline

Bagaimana pelajar Malaysia di luar negara boleh ‘survive’? Ada 6 jenis kerja ‘part time’ gaji kerja kilang paling lumayan

Tinggal di luar negara kerana menyambung pelajaran bukan tindakan yang mudah apatah lagi sumber kewangan yang sangat terhad, bagaimana pelajar Malaysia di sana boleh ‘survive‘ rupanya ada 6 jenis kerja ‘part time‘ yang dilakukan.

Sambil belajar sambil bekerja sudah menjadi lumrah kehidupan pelajar yang belajar di luar negara tidak kira di negara mana sekali pun.

Pokoknya kalau dah pergi atas nama student, baguslah cari duit sampingan sama ada untuk tampung kos hidup sepenuhnya atau sekadar mencari duit tambahan.

Bagaimanapun jangan abaikan pelajaran. Rugi pergi ke negara lebih maju, tidak ambil sebarang pelajaran di sana. Duduk lah mana pun bergantung pada niat.

Pengguna Facebook Nasaie Ismail mempunyai pengalaman belajar di luar negara, beliau menceritakan bagaimana pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Australia boleh ‘survive’ dengan kehidupan mereka di sana.

Di mana terdapat 6 jenis kerja ‘part time’ yang biasanya dilakukan pelajar Malaysia khususnya di Australia antaranya;

Cleaner-paling popular

1.Kerja paling popular tapi bukan senang nak dapat ialah cleaner. Gaji sejam biasanya sekitar 21 AUD. Ramai yang bekerja 4 jam sehari x 5 kali seminggu. Jadi memenuhi syarat 20 jam kerja untuk pemegang student visa. Kerja sebegini biasanya bermula selepas jam 5 apabila pejabat tutup. Gaji diberi secara mingguan. Biasanya kerja sebegini akan dapat daripada senior yang pernah bekerja di tempat yang sama. Di UK dengar kata lebih mudah. Pasca COVID ni di Australia boleh jadi mudah kut sebab pekerja kurang. Wallahuaklam.

Balut, bungkus dan baling surat khabar

Bagaimana pelajar Malaysia di luar negara boleh 'survive'? Ada 6 jenis kerja 'part time' gaji kerja kilang paling lumayan

2.Keduanya kerja throwing paper. Kerjanya setiap pagi sejam dua sebelum subuh perlu ke gudang surat khabar. Balut surat khabar yang ditempah dengan plastik, kemudian mula ‘baling’ rumah ke rumah mengikut jenis tempahan dan lokasi. Biasa kerja sebegini 2 jam selesai dan bayarannya sekitar 50 AUD untuk 2 jam tersebut. Sama juga dengan cleaner, biasanya senior yang akan balik Malaysia pass kerja ni kat junior.

Tukang masak, dan tukang basuh pinggan

3.Ketiga kerja kedai makan. Daripada chef sehinggalah basuh pinggan. Gaji ikut jenis pekerjaan dari 17-25 dollar sejam. Boleh kerja siang atau malam. Biasanya sehari 3-5 jam juga boleh ejas ikut jadual kelas yang kosong. Kerja sebegini sangat banyak sebab kedai makan halal Asia bercambah-cambah. Cuma di Melbourne majoriti kedai makan tutup awal.

Kilang Cherry- gaji paling lumayan

Bagaimana pelajar Malaysia di luar negara boleh 'survive'? Ada 6 jenis kerja 'part time' gaji kerja kilang paling lumayan

4.Kerja keempat ialah di waktu cuti semester iaitu kerja kilang cherry. Biasanya di bulan November-Disember. Kerja agak teruk, tapi gaji lumayan sekitar 24 dollar sejam. Nak dapat rasanya ada interview. Musim cherry tak lama sekitar 2-3 bulan sahaja. Biasanya musim cuti sebegini dapatlah kumpul 9 ribu AUD. Kira bonus tahunan.

Penternakan-Tak ramai kerja sepenuh masa

5.Berikutnya kerja yang lebih keras iaitu di sektor penternakan. Ini jarang-jarang student sepenuh masa di peringkat BA, MA atau PhD lakukan sebab jauh dari bandar. Biasanya yang bekerja sektor ni memang datang dengan niat bekerja. Jadi ambik apa apa kelas peringkat sijil atau diploma di hari sabtu dan ahad 8-10 jam sehari. Kemudian 5 hari lagi di kilang sembelihan. Kerjanya agak teruk, tidak terhad menyembelih sahaja, tetapi termasuk memotong, mengasingkan daging dan packaging. Gaji biasa 24 AUD ke atas untuk sejam. Kalau order banyak ekor lembu sehari, maka perlu dihabiskan walaupun sudah lebih 10 jam kerja.

Pemandu pelancong

6.Itulah sedikit sebanyak cerita dulu dulu. Ada lagi kerja lain seperti pemandu pelancong dll. Tapi tak ramai. Sekarang boleh jadi dah banyak berubah terutamanya pasca COVID Australia kekurangan pekerja. Sebab itu katanya visa student dah boleh kerja unlimited. Tidak lagi terhad 20 jam seminggu. Sampai bila polisi ni? Tidak pasti. Boleh jadi berubah di masa hadapan.

Pokoknya kalau dah pergi atas nama student, baguslah cari duit sampingan sama ada untuk tampung kos hidup sepenuhnya atau sekadar mencari duit tambahan. Tetapi jangan abaikan pelajaran. Rugi pergi ke negara lebih maju, tidak ambil sebarang pelajaran di sana. Duduk lah mana pun bergantung pada niat.

Kalau niatnya sekadar dollar, maka balik sekadar dapat dollar sahajalah kalau bernasib baik. Tapi sikap dan pengetahuan tidak bertambah. Apapun kaji mendalam dahulu sebelum ke mana mana dan patuh undang-undang di mana kita berada.

Baca juga: Selepas 5 tahun Aishah tuntut hadiah GV4 akhirnya selesai, bukan tamak tapi peringatan buat bakal penaja

Baca juga: Terkilan rakan minta sijil kematian adik, lelaki kongsi sebagai peringatan