Malaysia Dateline

Bagaimana Syed Saddiq boleh bantu 5,000 keluarga dengan peruntukan RM300,000?

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membelanjakan peruntukan RM300,000 yang diberikan kerajaan bukan untuk 3,000 keluarga tetapi untuk 5,000 keluarga.

Kerajaan mensasarkan semua Ahli Parlimen membantu seramai 3,000 keluarga di mana RM100 bagi setiap keluarga bagaimanapun bagi Syed Saddiq beliau mahu membantu lebih daripada itu.

“Saya kena cari jalan untuk dapatkan sebanyak mungkin makanan dengan kos paling rendah.

“Saya runding, runding dan runding lagi! Semua orang saya tanya.

“Akhirnya, saya call dan minta bantuan KK Mart dan TheLorry.

“KK Mart beri super discount dari RM 100 ke RM55!

“TheLorry sediakan 6 buah treler 20 tan dengan percuma!

“Hasilnya saya dapat bantu 5,000 keluarga!

“Selebihnya saya guna untuk kos operasi,” kata beliau.

Dengan rundingan yang dilakukan beliau bersyukur kerana telah membelanjakan peruntukan RM300,000 yang diberikan untuk bantuan makanan Muar bagi 5,000 keluarga.

Beliau tidak mempunyai masalah untuk memberi peruntukan mengikut Kerajaan Pusat tetapi beliau mahu bantu lagi ramai keluarga Muar.

“Kalau setakat nak buat ala kadar, memang saya rasa bazir sangat. Kalau ramai boleh dapat bantuan ini, lagi baik.

“Apabila saya habis edarkan siri bantuan ini, bermakna saya sudah bantu lebih 5,000 keluarga mendapat bantuan makanan.

“Lagi cepat bagi bantuan, lagi bagus!

“Terima kasih sekali lagi KK Super Mart dan TheLorry. Banyak betul budi dan jasa untuk bantu keluarga Muar. Syukur sangat-sangat.

“Doakan saya dan team cepat beri bantuan,”tulisnya di facebook dan turut berkongsi gambar treler yang penuh dengan muatan makanan asas antaranya beras, gandum, susu tin dan minyak masak.