Malaysia Dateline

Bagaimana Wang RM42 juta masuk dalam akaun Najib – Part 3

1. Selepas GMSB bank in RM40 juta kat akaun semasa IPSB, IPSB pula pi bank in RM27 juta kat akaun semasa milik peribadi Najib di Amislamic Bank yang No Akaunnya adalah 2112022011880 (“Akaun 880”) yang dikenali atau diberi kod akaun “AmPrivate-1MY”.

Ini berlaku dalam sekitar bulan Disember 2014.

2. Selepas itu, dalam hari yang sama, IPSB bank in sekali lagi wang kat akaun semasa peribadi Najib yang satu lagi, juga di Amislamic Bank.

Kali ini, jumlah yang IPSB bank in adalah sebanyak RM5 juta pula. No akaun bank yang kedua Najib di AmIslamic Bank itu pula adalah No Akaunnya 2112022011906 (“Akaun 906”) dan dikenali atau diberi kod “Am-Private-MY”.

Maknanya, setakat berakhirnya 26/12/2014, dari RM4 bilion duit yang SRC pinjam dari KWAP, RM32 juta kini telah dipindahkan ke dalam dua akaun peribadi Najib di Amislamic bank setelah duit itu transit terlebih dahulu di akaun GMSB dan akaun IPSB.

3. Dalam kertas pertuduhan ke atas Najib, dia dituduh terima RM42 juta. La ni baru RM32 juta.

So, baki RM10 juta lagi lagu mana ya? Sabaq dulu..cerita tak habis lagi.

4. Pada tahun 2015 pula, SRC pi keluaqkan (issued) pula cek RM10 juta dalam dua “tranches” – iaitu RM5 juta setiap satu- untuk dipindahkan ke akaun semasa GMSB.

Sepertimana “modus operandi” yang sebelum ini, selepas itu GMSB pi pindah atau transfer pula wang dalam jumlah yang sama ke akaun IPSB pula.

5. Selang beberapa hari pada tahun 2015 itu juga IPSB pindahkan atau transfer RM10 juta itu ke akaun peribadi Najib yang “Akaun 880” di Amislamic Bank itu.

Nik Faisal (CEO dan pengarah SRC) pula (yang diberi kuasa oleh Najib sebagai “authorised personnel” atau ejen Najib untuk mengendalikan akaun peribadi Najib di Amislamic bank itu) telah bagi arahan kepada Amislamic Bank untuk pindahkan atau transfer pula wang RM10 juta dalam akaun peribadi Najib di “Akaun 880” kepada akaun peribadi Najib yang satu lagi iaitu “Akaun 906” pula.

So, genap wang RM42 juta dari KWAP-SRC- MGSB- IPSB – “Akaun 880” + “Akaun 906” Najib.

Begitulah lebih kurang ceritanya ya..

InsyaAllah esok kita cerita pasai macam mana Najib pi dapatkan jaminan kerajaan untuk SRC pinjam RM4 bilion dari KWAP ya.

والله اعلم


TULISAN SEBELUM INI

Isu wang RM42 juta dalam akaun Najib – Bhg 1
Bahagian II | Isu Wang RM42 juta dalam akaun Najib